Saturday, November 25, 2017

CEC-DAP MENIPU, ORANG MATI PUN BERTANDING



Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 November lalu didakwa tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan malah terdapat ketirisan semasa pemilihan dijalankan.

Bekas ahli DAP, Tan Chee Chong berkata, sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi menjalankan siasatan terhadap keputusan CEC itu.

Katanya, antara yang menjadi persoalan ialah bagaimana kertas undi tidak ada nama calon dan nombor siri malah terdapat nama calon yang telah meninggal dunia dan ahli yang keluar parti masih dalam senarai pemilihan.

“Jadi saya memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya melakukan ujian forensik terhadap semua kertas undi kerana ia disyaki telah diubahsuai oleh pihak tertentu.

“DAP ini ada undang-undangnya sendiri, tapi sendiri pun tak nak ikut undang-undang, mana boleh DAP buat begini, jadi diharapkan pihak polis dapat siasat perkara ini dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment