Tuesday, January 10, 2017

AYAH TAK SABAR NAK PELUK FAIZ



Ayer Hitam: Bagaikan mimpi. Itu luahan ahli keluarga di atas kejayaan Mohd Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland.

Bapanya Mohd Faiz, Subri Kader, 64 berkata, perasaannya sangat gembira dan berdebar ketika pengumuman itu dan bersorak sebaik nama anaknya diumum sebagai pemenang.


Menurutnya, usaha anaknya selama ini di mana dia juga sering menemani Mohd Faiz bermain bola sejak dari sekolah akhirnya berbaloi.

"Bagaikan mimpi apabila anak saya menang anugerah itu dan tidak sabar untuk berjumpa dengannya esok (Rabu) malam.

"Perkara pertama saya akan buat adalah memeluknya sebaik dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Kepak, Pida 6, hari ini.

Ibunya, Saadiah Ishak,55, berkata, dia sentiasa berdoa anaknya itu dan anak-anak lain berjaya dalam hidup.

"Saya anggap ini rezeki anak dan tidak sangka dia menang di peringkat dunia.

"Gementar, sedih dan gembira bercampur baur dan bersyukur di atas kemenangannya," katanya.

Katanya, dia juga tidak sangka ramai yang datang menonton bersama di skrin yang dipasang di pekarangan rumahnya.

"Terima kasih kepada semua yang sudi hari menyatakan sokongan," katanya.

sumber : HARIAN METRO