Sunday, December 25, 2016

TAMBANG RM 800, KLCC ke MASJID NEGARA ???


Tidak menggunakan meter antara sebab utama Teksi tidak menjadi pilihan pelancong


TAMBANG RM800, KLCC ke MASJID NEGARA ??? Ini memang kerja GILA. 

Baru-baru kita digejutkan dengan seorang aduan daripada pelancong Perancis berkenaan jumlah tambang yang dikenakan cukup tidak munasabah, iaitu RM800. Jarak perjalanan yang kurang dari enam kilometer ...., jika jarak 600 kilometer pun jumlah itu tidak munasabah. Naik kapal terbang dari KLIA ke Sabah pun 1625 kilometer pun baru kena caj seratus lebih.

Bertitik tolak dari aduan pelancong Perancis tersebut SPAD dengan segera telah memulakan siasatan berkenaan insiden tersebut. Pelancong tersebut yang lebih dikenali sabagai Sarah menyatakan dia dalam keadaan ketakutan terpaksa akur dengan jumlah yang telah diminta.

Ini satu lagi insiden yang memalukan negara yang dilakukan oleh pemandu teksi negara kita. Selama ini kebanyakkan mereka hanya tahu komplen Grab Car sahaja. Padahal sikap sesetengah mereka tidak pernah hendak berubah. 
Sikap ceria dan ramah buat pengguna lebih suka mengunakan Grabcar


Menurut SPAD mereka membuat tindakkan segera termasuk menarik balik Lesen Pengendali sekiranya bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.

Pemandu teksi perlulah berubah dan mempunyai sikap tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada pengguna. Tidak kiralah mereka itu pelancong atau rakyat tempatan. Jangan sesekali menipu dan melakukan perbuatan yang boleh mengundang kemarahan orang awam, termasuklah cara pemanduan yang biadap dan tidak berdisiplin.

Perbuatan sesetengah pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini cukup memalukan negara dan akan memberi kesan negatif kepada pemandu-pemandu teksi yang yang lain.

Jadi selepas ini jika orang ramai menolak untuk menggunakan teksi, janganlah kata SPAD tidak mahu membantu pemandu teksi. Padahal macam-macam insentif kerajaan sudah buat dan beri kepada pemandu teksi untuk terus mendapat pendapatan. 

Pembukaan MRT baru-baru ini juga satu kaedah untuk pemandu teksi tambah pendaptan, fikir-fikirlah dan berusahalah. 



DI BAWAH ADALAH KENYATAAN  MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA 

Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara. Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu. 


SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali. 


Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan tegas kepada pengendali teksi supaya mematuhi kesemua syarat-syarat Lesen Pengendali di bawah Akata Pengangkutan Awan Darat 2010. Tambang yang dikenakan mesti mematuhi struktur tambang yang ditentukan oleh SPAD dan penggunaan meter adalah wajib bagi teksi bajet, eksekutif dan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M).