Monday, March 20, 2017

DAP MAHU BONEKA SEBAGAI PERDANA MENTERI



Dah tahu sangatlah kenapa DAP beria-ria benar nak meletakkan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri mereka jika menguasai kerajaan selepas PRU 14 akan datang. 

Siapa lagi yang boleh DAP cucuk hidung kalau bukan Wan Azizah. Jika Wan Azizah yang dilantik menjadi PM, ia bermakna yang menjadi PM adalah Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng. Wan Azizah hanyalah pupet yang hanya akan menurut perintah kedua-dua baranak ni. 

Tapi kita sedia maklum sekutu terbaru DAP, Tun Dr. Mahathir sudah pasti akan menentang calon ini. Kita sedia maklum hubungan Tun dengan Wan Azizah tidak berada dalam kondisi yang baik. Masing-masing ada sejarah lama dan dendam itu mungkin sukar untuk dipadamkan dalam masa yang terdekat ini.  

Namun siapa dapat menghalang DAP dari bertindak secara uniteral. Segala keputusan Pakatan Harapan biasanya mendapat restu dari DAP. Jika DAP belum bersuara. PKR, PAN dan PPBM tidak boleh membuat keputusan. 

Dalam pada itu Penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar) berkata, meskipun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahukan anaknya, Mukhriz dilantik untuk jawatan tersebut, dengan hanya satu kerusi, bekas Perdana Menteri itu sudah tentu tidak layak membuat keputusan.

“DAP dijangka menang pa­ling banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang dengan PKR di tempat kedua. PPBM pula terpaksa berhempas pulas dan hanya menang lima kerusi walaupun dibantu pengundi Cina.

“Dr. Mahathir harus akur dengan realiti ini. Politik adalah permainan angka. Hanya de­ngan angka paling banyak, anda adalah juara.  Sebenarnya DAP sudah pun memutuskan yang Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan bakal Perdana Menteri apabila membenarkannya terus menjadi Ketua Pembangkang.

Dalam erti kata lain, jelasnya, DAP sudah pun menentukan dan memutuskan yang Wan Azizah ialah bakal Perdana Menteri, bukannya parti lain.

“Justeru, jika anda menganggap Wan Azizah lembab, maka Mukhriz adalah lebih lembab,’ ujarnya.

Beliau memberitahu, jika PPBM menang 35 kerusi (termasuk Mukhriz) pada PRU-14 manakala PKR (30) dan DAP (40), maka baharulah Dr. Mahathir layak untuk menuntut supaya anaknya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun ketika itu Dr. Mahathir hanyalah seorang pengikut, bukan lagi pemimpin tertinggi.

“Tapi dengan satu kerusi, PPBM bukan pada kedudukan untuk membuat sebarang tuntutan. Apatah lagi PPBM hanya ada 10,000 ahli, tidak seperti UMNO yang ada 3.5 juta ahli. Ini juga bukti yang Dr. Mahathir dan PPBM tiada sokongan kuat.