Showing posts with label klia. Show all posts
Showing posts with label klia. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

AMBIL PENUMPANG SECARA HARAM, ULAT TEKSI KLIA DIBERKAS



Admin cukup hairan apa masalahnya dengan penguatkuasaan dalam negara kita. Kegiatan ulat teksi dalam negara kita bukan satu pekara baru. Sejak zaman admin masih kanak-kanak lagi masalah umat teksi ni selalu menjadi masalah kepada pergangkutan awam negara terutama di pintu masuk utama negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. Kegiatan itu seperti terus berleluasa dan tiada jalan penyelesaian, mereka seolah-olah langsung tidak takut ditangkap dan dikenakan tindakan.

Untuk pengetahuan sepanjang tahun 2016,  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 58 ulat teksi yang mengambil penumpang secara haram di dua pintu masuk KLIA dan KLIA2. Ini membuktikan kegiatan ini masih lagi wujud dan berleluasa  

Kesemua mereka adalah warga tempatan, dan tangkapan ini dibuat dibawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Semua kenderaan mereka disita kerana menggambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2. 


Kesemua mereka yang terbabit telah didakwa dimahkamah dan dikenakan denda sebanyak RM229,400 secara keseluruhannya. Perkara ini disahkan oleh Datuk Che Husni Che Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD.

Bagi pemilik dan pengusaha kereta sapu, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 16 APAD 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali manakala kenderaan yang digunakan sebagai kereta sapu boleh dilucut hak milik.


Apa yang membimbangkan lagi Imej negara dipintu masuk terjejas dengan kegiatan mereka ini, mencemarkan nama Malaysia di mata dunia kerana pemandu-pemandu kereta sapu ni gemar mengenakan caj yang begitu tinggi kepada penumpang terutama pelancong asing. 



Apa yang pelik ke­giatan ulat teksi ini begitu  sukar dibanteras. Apakah kerana mereka mendapat pulangan yang begitu menguntungkan atau mereka dilindungi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Ini kerana mereka yang terlibat tidak serik dan sanggup berdepan dengan pihak berkuasa demi mendapatkan keuntu­ngan berlipat kali ganda dengan menawarkan perkhidmatan di KLIA dan KLIA2.

Apa pun alasannya, kegiatan mereka perlu diperangi habis-habisan. 

Sunday, December 25, 2016

TAMBANG RM 800, KLCC ke MASJID NEGARA ???


Tidak menggunakan meter antara sebab utama Teksi tidak menjadi pilihan pelancong


TAMBANG RM800, KLCC ke MASJID NEGARA ??? Ini memang kerja GILA. 

Baru-baru kita digejutkan dengan seorang aduan daripada pelancong Perancis berkenaan jumlah tambang yang dikenakan cukup tidak munasabah, iaitu RM800. Jarak perjalanan yang kurang dari enam kilometer ...., jika jarak 600 kilometer pun jumlah itu tidak munasabah. Naik kapal terbang dari KLIA ke Sabah pun 1625 kilometer pun baru kena caj seratus lebih.

Bertitik tolak dari aduan pelancong Perancis tersebut SPAD dengan segera telah memulakan siasatan berkenaan insiden tersebut. Pelancong tersebut yang lebih dikenali sabagai Sarah menyatakan dia dalam keadaan ketakutan terpaksa akur dengan jumlah yang telah diminta.

Ini satu lagi insiden yang memalukan negara yang dilakukan oleh pemandu teksi negara kita. Selama ini kebanyakkan mereka hanya tahu komplen Grab Car sahaja. Padahal sikap sesetengah mereka tidak pernah hendak berubah. 
Sikap ceria dan ramah buat pengguna lebih suka mengunakan Grabcar


Menurut SPAD mereka membuat tindakkan segera termasuk menarik balik Lesen Pengendali sekiranya bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.

Pemandu teksi perlulah berubah dan mempunyai sikap tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada pengguna. Tidak kiralah mereka itu pelancong atau rakyat tempatan. Jangan sesekali menipu dan melakukan perbuatan yang boleh mengundang kemarahan orang awam, termasuklah cara pemanduan yang biadap dan tidak berdisiplin.

Perbuatan sesetengah pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini cukup memalukan negara dan akan memberi kesan negatif kepada pemandu-pemandu teksi yang yang lain.

Jadi selepas ini jika orang ramai menolak untuk menggunakan teksi, janganlah kata SPAD tidak mahu membantu pemandu teksi. Padahal macam-macam insentif kerajaan sudah buat dan beri kepada pemandu teksi untuk terus mendapat pendapatan. 

Pembukaan MRT baru-baru ini juga satu kaedah untuk pemandu teksi tambah pendaptan, fikir-fikirlah dan berusahalah. 



DI BAWAH ADALAH KENYATAAN  MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA 

Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara. Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu. 


SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali. 


Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan tegas kepada pengendali teksi supaya mematuhi kesemua syarat-syarat Lesen Pengendali di bawah Akata Pengangkutan Awan Darat 2010. Tambang yang dikenakan mesti mematuhi struktur tambang yang ditentukan oleh SPAD dan penggunaan meter adalah wajib bagi teksi bajet, eksekutif dan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M).