Tuesday, April 26, 2016

PEMBANGUNAN INFRASTUKTUR DEMI RAKYAT SARAWAK



Kerajaan Barisan Nasional amat komited dalam membangunkan infrastruktur pengangkutan di negeri Sarawak.  Infrastruktur pengangkutan yang efisyen akan membantu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan pembangunan negara selari dengan kemajuan negara.

Kerajaan telah merancang suatu penbangunan yang mampan yng mampu mninggalkan kesan yang positif kepada negeri Sarawak. Salah sat usaha kerajaan bagi membantu meningkatkan kemudahan infrastrktur ialah melaksanakan projek pembesaran Apron dan laluan teksi (texiway) di Lapangan Terbang Miri. Projek yang menelan belanja sebanya 68 juta telah siap sepenuhnya kini. 

Direkodkan lapangan terbang Miri telah mencatatkan 2.3 juta penumpang pada 2015, menjadikannya lapangan kapal tebang yang kedua sibuknya di Sarawak. Ia juga menunjukkan lapangan kapal terbang ini telah melebihi had kapasitinya ng hanya boleh menampung 2 juta penumpang. 

Justeru itu, bagi menampung pertambahan penumpang yang saban tahun meningkat kerajaan telah memutuskan untuk menaik tarafkan lagi lapangan terbang Miri. Ini semua adalah untuk kepentingan rakyat dan keselesaan penumpang yang mengunakan lapangan terbang Miri.  

Oleh itu , demi meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur dan keselesaan kepada rakyat,  Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan telah mengusulkan cadangan untuk menyambung manaiktarafkan lapangan terbang Miri.  

Projek ini diletakkan dalam senarai Keutamaan Permohonan Projek Baharu bagi Roliing plan 2 tahun 2017 Rancangan Malaysia ke 11. Anggaran kos bagi keseluruhan projek ini adalah RM 285 juta. 

Sebenarnya banyak lagi usaha kerajaan dalam usaha memberi keselesaan kepada rakyat Sarawak. Antaranya lebih RM700 juta diperuntukan bagi kerja-kerja pergerakan sungai Sarawak bagi meningikatkan Pelabuhan  Kuching. Selain itu kerajaan juga membina Lapangan Terbang Mukah yang baru bagi mengantikan lapangan terbang yang sedia ada. Kerajaan juga sedang menaiktarafkan fasiliti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Kerajaan sedang giat meningkat kemudahan infrastruktur pangangkutan di seluruh Sarawak bagi meningkatkan dan merancakkan lagi pertumbuhan dan pembangunan yang mampan dan maju serta lebih inklusif. 

Dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020, adalah amat penting infrastruktur pengangkutan Malaysia dibangunkan dan dipertingkatkan lagi. Ini kerana saban tahun berlaku peningkatan jumlah pelancong yang melawa YBt Malaysia terutama di Sarawak. 


No comments:

Post a Comment