Thursday, April 28, 2016

PENGELUARAN SAWIT KURANG 6 HINGGA 10 PERATUS



Semua orang memperkatakan tentang fenomna El-Nino sejak sebulan yang lalu. Pelbagai teori yang boleh kita dengar dari pembahas-pembahas tersohor kedai kopi sehinggalah kepada para cendiakawan dan ilmuan. Namun apa pun hujah mereka, kesimpulannya satu "sahaja.... "Panas Terik".

El-Nino adalah fenomena alam bermula di lautan yang berlaku setiap dua tahun ke tujuh tahun di mana arus air laut yang panas akan mengantikan arus sejuk yang mengantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk diluar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Banyak lagi boleh ditarifkan dengan fenomena ini namun apa yang lebih penting adalah kesannya kepada Malaysia dan penduduknya serta kegiatan ekonomi.  

Sebenarnya fenomena el-Nino ini memberi kesan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuklah dalam sektor perladangan. 

Pengeluaran sawit di seluruh negara terjejas enam ke 10 peratus berikutan cuaca panas yang melampau berikutan El-Nino yang menyerang negara. Namun begitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) masih lagi positif mampu mencapai  sasaran jualan seperti yang diharapkan. 

Ketua Kluster Huluan Sawitnya, Datuk Abdul Halim Hamid  mengakui bahawa bukan sahaja pengeluaran sawit di Malaysi terjejas bahkan negara Indonesia juga terjejas dengan cuaca panas melampau ini. 

Namun menurut Abdul Halim, pengeluaran yang berkurang ini sebenarnya telah membantu dalam meningkatkan harga kelapa sawit. Kedudukan ladang FGV di kawasan pendalaman juga antara faktor yang memberi kesan terhadap pengeluaran. 

Walaupun begitu, apabila cuaca kembali kepada normal semua akan kembali kepada keadaan biasa dan pengeluaran akan meningkat seperti sediakala. Cuaca panas ini dikatakan akan kembali stabil pada separuh suku kedua.