Wednesday, April 27, 2016

YAKINLAH DENGAN McDONALD's, 100 % HALAL DAN BERKUALITI



Dalam dunia hari ini kita tidak mampu untuk menunggu semuanya seperti yang kita rancang dan harapkan.  Apa yang penting perjuangan perlu diteruskan tanpa perlu menoleh kebelakang lagi. 

Begitu juga dengan fitnah yang selama ini telah dilemparkan kepada McDonald's oleh mereka yang mempunyai agenda tertentu. Berilah penerangan dan penjelasan yang sebaik mana pun, selagi mentaliti pemikiran yang lebih percayakan cerita fitnah dari media sosial apa pun tak guna. Yang penting usaha penjelasan dan penerangan diteruskan. Saya percaya kebaikan akan tetap mengatasi kejahatan. 

Bermacam-macam fitnah yang dilemparkan kepada McDonald's di media sosial. Mengaitkan McDonald's dengan Israel, mempertikai halal makanan di McDonald's, memboikot McDonald's dan hinggalah menuduh makanan di McDonald's dengan benda haram. Yang paling malang fitnah ini ditabur sampai ke masjid-masjid oleh mereka yang bergelar ustaz.


Jika ada yang mempertikai status halal makanan di McDonald's, saya inigin menjelaskan bahawa McDonald's merupakan Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada JAKIM awal tahun 90an lagi. ingat senang ke nak dapat halal JAKIM ni ? Syarat-syaratnya cukup ketat, bukan sahaja sumber makanan mesti halal. 


Jika makanan itu bersumberkan dari ayam, dari awal ayam itu hidup lagi - apa jenis makanan yang dimakan?, tempat ayam itu diternak bersih ke tidak? Siapa yang menyembelih dan cara kaedah penyembelihan adakah mengikut hukum syarak ? Selepas disembelih ayam itu dibersih dan disimpan dimana ? Berapa suhu tempat penyimpanan ayam itu ? dan macam-macam lagi prosuder yang perlu diikuti oleh McDonald's bagi memastikan ayam itu kekal halal dan bersih sehinggalah ia dihidangkan kepada pelanggan. Adakah semua itu dilakukan di rumah kita sendiri ? 

Sekadar bercakap memanglah senang. Bersusah payah McDonald's berusaha memastikan makanan yang kita makan itu bukan saja halal dan bersih tetapi juga berkhasiat dan baik untuk kesihatan. 

Ada satu video yang diviralkan di laman facebook menunjukkan beberapa ekor lembu yang sudah menjadi bangkai diproses untuk dihancurkan dikatakan lembu-lembu tersebut adalah sumber untuk daging burger untuk McDonald's. Entah macam manalah masih ada juga yang percaya dengan pembohongan ini. Tanpa menyiasat ,tanpa bertanya , tanpa berfikir semuanya mereka telan bulat-bulat apa yang disajikan dalam media sosial. Media sosial ini jika biarkan dan tidak dibendung,  berita fitnah akan mengatasi cerita benar. Masyarakat kita akan menjadi haru biru dengan segala pembohongan di media sosial.

Untuk pengetahuan pembaca, semua ramuan-ramuan yang digunakan dalam penyediaan makanan di McDonald's adalah disahkan halal 100% oleh JAKIM dan badan-badan pengiktirafan Halal dari luar negara yang diluluskan oleh JAKIM. 

Bagi McDonald's menyediakan  makanan yang halal bukan hanya sekadar bertujuan untuk mematuhi tuntutan agama Islam yang rata-ratanya menjadi pelanggan utama McDonald's, tetapi yang lebih penting ia merupakan satu jaminan bahawa hidangan yang disajikan adalah bermutu tinggi dan berkhasiat. 

Pelanggan tidak perlu risau, McDonald's sentiasa memastikan  komitmen Halal berterusan. Hal ini dilakukan dengan menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's dan Jabatan Hal Ehwal Halal ang terdiri dari mereka yang sangat berkelayakan. Dengan adanya Jabatan dan jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's ini maka dengan mudah pemantauan, penelitian, penilaian standard halal dapat dibuat dari semasa ke semasa tanpa menunggu JAKIM datang membuat pemantauan. Oleh itu orang ramai sewajarnya yakin dengan status Halal makanan di McDonald's. 

Sepanjang lebih 30 tahun McDonald's Malaysia memberi perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia, McDonald's sangat berpegang teguh dengan prinsip Halal dalam memastikan setiap hidangan yang disajikan setiap hari menepati syarat dan tuntutan yang ditetapkan oleh hukum syarak. 

Ini semua merupakan suatu Amanah dan kepercayaan yang besar diletakkan dibahu McDonald's yang tidak tenilai tingginya.  Adalah menjadi tanggunjawab McDonald's menyempurnakan amanah ini dengan memastikan  hidangan  yang disediakan 100% Halal, baik dan berkualiti. 

Yakinlah dengan McDonald's, 100 % Halal.