Semua orang memperkatakan tentang fenomna El-Nino sejak sebulan yang lalu. Pelbagai teori yang boleh kita dengar dari pembahas-pembahas tersohor kedai kopi sehinggalah kepada para cendiakawan dan ilmuan. Namun apa pun hujah mereka, kesimpulannya satu "sahaja.... "Panas Terik".
El-Nino adalah fenomena alam bermula di lautan yang berlaku setiap dua tahun ke tujuh tahun di mana arus air laut yang panas akan mengantikan arus sejuk yang mengantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk diluar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Banyak lagi boleh ditarifkan dengan fenomena ini namun apa yang lebih penting adalah kesannya kepada Malaysia dan penduduknya serta kegiatan ekonomi.
Sebenarnya fenomena el-Nino ini memberi kesan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuklah dalam sektor perladangan.
Pengeluaran sawit di seluruh negara terjejas enam ke 10 peratus berikutan cuaca panas yang melampau berikutan El-Nino yang menyerang negara. Namun begitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) masih lagi positif mampu mencapai sasaran jualan seperti yang diharapkan.
Ketua Kluster Huluan Sawitnya, Datuk Abdul Halim Hamid mengakui bahawa bukan sahaja pengeluaran sawit di Malaysi terjejas bahkan negara Indonesia juga terjejas dengan cuaca panas melampau ini.
Namun menurut Abdul Halim, pengeluaran yang berkurang ini sebenarnya telah membantu dalam meningkatkan harga kelapa sawit. Kedudukan ladang FGV di kawasan pendalaman juga antara faktor yang memberi kesan terhadap pengeluaran.
Walaupun begitu, apabila cuaca kembali kepada normal semua akan kembali kepada keadaan biasa dan pengeluaran akan meningkat seperti sediakala. Cuaca panas ini dikatakan akan kembali stabil pada separuh suku kedua.
Peneroka Felda tetap akan menerima imbuhan dividen masing-masing walaupun keuntungan Felda Global Ventures (FGV) tidak tinggi seperti sebelum ini. Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi, Felda masing lagi membuat keuntungan.
Peneroka tidak perlu bimbang jika mereka masih mempunyai saham, mereka tetap akan mendapat keuntungan melalui dividen, cuma nilainya sahaja samada sikit atau banyak.
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pun sudah menyatakan bahawa jumlah dividen akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yag bakal diadakan pada Jun tahun ini.
Peneroka jangan termakan dengan hasutan beberapa portal pembangkang yang menyatakan Felda dan FGV mengalami kerugian. Jika betul Felda kerugian, mana mungkin Felda masih mampu memberi dividen kepada peneroka. Sebenarnya mereka sendiri tidak ada maklumat langsung dalam hal ini.
Bukan sekali Felda difitnah dengan pekara-pekara sebegini, namun pada akhirnya mereka yang menfitnah akan kecewa dan malu sendiri kerana harapan mereka hendak tengok Felda bergolak tidak menjadi.
Dalam otak pembangkang ni, kerja mereka adalah untuk menjahanamkan Felda. Selagi mereka tidak nampak Felda hancur selagi itulah mereka terus menyerang dengan pelbagai fitnah. Malangnya ada juga yang percaya dan termakan dengan hasutan mereka.
Untuk pengetahuan, FGV merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) Felda Global Ventures Berhad (FGV) mencecah RM310 juta gi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, dan hasil meningkat naik 3 peratus kepada RM15.67 bilion pada tahun kewangan 2015 berbanding RM 15.26 bilion pada tahun sebelumnya.
FGV akan meningkat lagi sektor hiliran agar terus berdaya maju dan terus mampan dalam usaha meningkatkan lagi perolehan syarikat dalam pada masa yang sama dapat memacu ekonomi Felda lebih tinggi dan berdaya saing.
Peneroka perlu yakin dengan Felda dan kerajaan Barisan Nasional yang selama ini telah sedaya upaya untuk memaju dan meningkatkan taraf hidup peneroka Felda. Semoga badai fitnah yang melanda Felda selama ini tidak akan mengoyahkan keyakinan peneroka kepada Felda. Banyak jasa telah dicurahkan Felda demi menjaga kebajkan dan kesejahteraan peneroka.