Monday, April 25, 2016

MASYARAKAT TERIMA BAIK PROGRAM LATIH KHIDMAT NEGARA (PLKN)




Belia adalah aset terpenting negara. Belia yang cemerlang adalah belia yang mampu menguruskan diri kepada perkara-perkara yang positif, kuat dalam amalan kerohanian, beroganisasi, boleh memimpin dan bertanggungjawab. 

Inilah juga yang menjadi objektif PLKN 2.0 yang mahu membangunkan belia yang mempunyai semangat patrotisme dan jatidiri yang kuat. Selain menggalakkan integrasi nasional dan perpaduan kaum, PLKN 2.0 juga berusaha membina karekter  menerap semangat kesukarelaan dan juga membina generasi muda yang berdaya tahan, sihat dan berkeyakinan tinggi. 

Justeru itu Kerajaan, dibawah Kementerian Pertahanan berhasrat agar dapat 80 peratus dari pelatih-pelatih PLKN 2.0 ini melanjutkan ke fasa yabng kedua bagi mengikuti latihan kemahiran. 

Menurut Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, latihan kemahiran ini dapat lagi memperkasakan pelatih untuk bersaing dimasa akan datang. Kita bimbang jika tidak dibekalkan mereka dengan kemahiran  mereka akan tenggelam dalam arus perubahan yang lebih mencabar dimasa akan datang. 

Beliau bekata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran PLKN 2.0 di Esplanade KLCC Park, semalam. Turut hadir dalam program itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohamed Asri Yusof. 

Dalam majlis yang sama Hishamuddin juga menyatakan kebanggaannya kerana PLKN 2.0 menerima banyak permohonan dari sekolah-sekolah seluruh negara. Sebanyak 64,000 permohonan dari sekolah-sekolah diseluruh negara berbanding hanya ada 20,000 tempat sahaja yang sedia ada.   

Jumlah ini menunjukkan betapa program PLKN mendapat tempat dalam  masyarakat Malaysia hari ini. Pelajar-pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat memberikan maklum balas yang positif membuktikan Program PLKN ini memberi banyak manfaat dan sewajarnya diteruskan.    

    

No comments:

Post a Comment