Tuesday, May 15, 2018

KEMAJUAN SEPANJANG PERKHIDMATAN SPAD





Di mana bumi dipijak, disitu langit di junjung. Sepanjang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di ditubuhkan secara rasminya pada 3 Jun 2010 selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan oleh Parlimen pada bulan Mei 2010. SPAD telah membawa banyak perubahan yang besar kepada pengangkutan awam darat dalam negara. 

Tranformasi yang diilhamkan oleh pemimpin terdahulu telah berjaya membawa pembaharuan yang melonjak nama Malaysia di persada dunia. SPAD diletakkan di bawah bidang kuasa YAB Perdana Menteri, mempunyai fungsi untuk merangka polisi, merancang dan mengawal selia semua pengangkutan awam darat negara seperti rel, bas, teksi, serta kenderaan barangan melalui jalan raya dan kereta api.

Secara amnya, sebagai sebuah negara yang sedang menuju kearah sebuah negara maju menjelang 2020, perkhidmatan pengangkutan awam darat negara perlu di optimumkan supaya ianya sejajar dengan kemajuan negara.

 SPAD telah berjaya memainkan peranannya dalam bidang penguatkuasaan bagi pengangkutan awam darat di Malaysia hasil kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa, mutu pengangkutan awam adalah cerminan terhadap kemajuan dan keupayaan negara dalam menyediakan mutu pengangkutan awam yang terbaik. Andai kita gagal dalam menyediakan kemudahan ini, bayangkan bagaimana tanggapan masyarakat luar terhadap mutu pengangkutan awam darat negara.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) kekal komited untuk melaksanakan apa sahaja hala tuju kerajaan baru mengenai pengangkutan awam. Sejak dari 2010, SPAD tidak pernah gagal dalam melindungi dan menjaga kebajikan kesemua penyedia pengangkutan awam darat negara samada teksi, Grab, bas henti-henti, bas ekspres, jaringan tren dan perkhidmatan lori.

Apa yang diharapkan kini adalah, kerajaan Pakatan Harapan dapat terus mengekalkan usaha yang dilakukan oleh SPAD dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan yang lain supaya mutu perkhidmatan awam darat negara kekal terpelihara dan berkemungkinan besar mampu ditingkatkan sesuai dengan peredaran zaman.

Malah, bagi para pengusaha dan pengendali pengangkutan awam, mereka juga amat berharap, apa yang mereka nikmati hari ini tidak terhenti begitu sahaja. Inilah yang dimahukan oleh para pengusaha dan pengendali pengangkutan awam darat negara.

No comments:

Post a Comment