Thursday, October 29, 2015

APA LAGI YANG SPAD TIDAK BANTU PEMANDU TEKSI ...???




Apa lagi yang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  tidak bantu pemandu teksi ?  Sudah bermacam-macam  SPAD dengan kerjasama persatuan pemandu teksi melakukan pelbagai program  untuk meningkatkan lagi kecekapan dan mutu perkhidmatan pemandu teksi antaranya seperti penjenamaan, latihan dan menangani aduan. 

Namun semuanya akan menjadi sukar andai pemandu teksi tidak bersikap profesional dan masih tidak berubah sikap mereka. 

Sebelum ini pemandu teksi mendesak kerajaan buat semakan semula kadar tambang agar selari dengan kenaikan kos operasi semasa. Selepas mendapat maklumat dan maklum balas dari orang awam dan pihak-pihak yang berkaitan dalam industri teksi maka semakan semula tambang teksi telah  diumumkan pada Mac 2015. Malangnya SPAD mendapat  aduan pengguna sebanyak 40%  pemandu teksi yang tidak mengunakan meter. 

Apa yang lebih memalukan ialah apabila laman web LondonCabs.co.uk pernah mengeluarkan ranking menamakan 10 negara yang dikatakan mempunyai pemandu teksi paling teruk dan Malaysia berada ditempat paling buruk. Lihatlah senarai hasil dari kajian mereka dibawah :

1. Kuala Lumpur, Malaysia
2. Rome, Itali
3. Bangkok, Thailand
4. Paris, Perancis
5. New York, Amerika Syarikat
6. Mumbai, India
7. Zürich, Switzerland
8. Kaherah, Mesir
9. Shanghai, China
10. Moscow, Rusia

Pemandu teksi di Malaysia dikatakan mempunyai tabiat terburuk, antaranya mengenakan caj melampau dan tidak mahu mengunakan meter. Inilah masalah kita, mempunyai pemandu teksi yang tidak berdisiplin dan beretika. Amat memalukan.

Sejak ditubuhkan pada 2011, SPAD telah banyak membantu menambahbaik industri teksi bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pengguna di bawah program tranformasi teksi. Antaranya ialah program Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) yang telah membantu 76,000 pemandu teksi menerima baucer untuk tayar baru, perlindungan insurans peribadi, pengecualian cukai jalan, subsidi tol 50%, pengecualian cukai jualan dan eksais bagi pemilik lesen individu. Jadi apa lagi yang SPAD tidak bantu pemandu teksi ?


Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2013, SPAD mempekenalkan kelas lesen Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) bagi meningkatkan lagi mutu pemandu , piawaian kenderaan dan operasi. Tujuannya agar proses Migrasi kesemua teksi bermeter yang mencapai akhir hayat perkhidmatan kepada TEKS1M.

Oleh itu tuduhan yang SPAD lepas tangan dan menyalahkan pemandu teksi sahaja  adalah tidak benar sama sekali. Jadi apa lagi yang SPAD tidak bantu pemandu teksi ?

Berkenaan dengan TEKS1M, kerajaan telah mengeluarkan 1000 lesen kepada pemandu yang layak. Selain itu mereka juga menerima geran sebanyak RM5,000 dan pinjaman dengan kadar faedah 2% setahun bagi membeli kenderaan TEKS1M Proton Exora. Bagi memenuhi permintaan mereka, model TEKS1M yang lebih murah diperkenalkan, termasuklah model kereta sedan yang lebih kecil. Semua ini usaha SPAD bagi membantu pemandu teksi. Jadi Apa lagi yang SPAD tidak bantu pemandu teksi ?

Menurut satu kaji selidik yang dibuat oleh SPAD, terdapat hanya 27% pemandu teksi yang mempunyai sambungan melalui aplikasi tempahan teksi. Bagi membantu pemandu teksi memaksimumkan penggunaan aplikasi ini, SPAD akan melaksanakan Sistem Perkhidmatan Berpusat (CTSS). Dengan sistem ini pemandu teksi akan mudah dipantau dan senang untuk dihubungi oleh pusat bagi mendapatkan penumpang. Pengguna dan pemandu teksi akan sama-sama mendapat kebaikan. 

SPAD juga sedang melakukan perubahan-perubahan yang dapat membantu pemandu teksi, iaitu  dengan menyelaraskan perkhidmatan teksi antaranya termasuklah mencadangkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Sudah tentu ia akan melibatkan semakan terhadap kawalselia secara menyeluruh ke atas industri teksi. 
Oleh itu dalam kita mengutamakan pengguna dalam pada masa yang sama ianya tidak menghalang perubahan baru yang dibuat serta melindungi konsep perniagaan yang sedia ada. Apa sahaja kebaikan untuk kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pemandu teksi akan diberi perhatian. Apa yang penting rakyat mendapat menfaat dalam proses ini. 

Tiada kejayaan yang  akan datang bergolek, segalanya memerlukan pengorbanan, kesabaran dan komitmen yang berterusan. Dalam hal ini, SPAD sudah melakukannya dan akan meneruskan kesinambungan sebagai jambatan kerajaan antara pemandu teksi dan pengguna. 












http://www.spad.gov.my/ms/news-events/media-releases/2015/spad-tetap-bertekad-di-dalam-meningkatkan-taraf-industri-teksi





No comments:

Post a Comment