Friday, July 10, 2015

MENERUSI PROGRAM NBOS KERAJAAN BERJAYA JIMAT LEBIH RM721 JUTA


Dalam tempoh 5 tahun kerajaan telah berjaya menjimatkan sebanyak RM721 juta dalam pelbagai program dan inisiatif pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) termasuk sekali kos pengendalian latihan dan rondaan konvensional Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu sebanyak 711.2 juta. 


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata hasil kerjasama kalangan jabatan dan agensi kerajaan telah memecahkan benteng birokrasi yang selama ini seringkali memberi kesan kepada kelancaran program kerajaan.

Chua berkata, bilangan agensi yang terlibat dalam program ini boleh dielakkan pertindihan fungsi antara agensi dan kerjasama melalui NBOS boleh mengelakkan pertindihan fungsi antara jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan juga menggalakkan persefahaman yang lebih baik fungsi mereka.

Dalam menjawab soalan Sanator Datuk Muhammad Olian berhubung pencapaian NBOS, Chua berkata Industri "Contoh lain termasuk Program Pemulihan Dalam Komuniti yang melibatkan ATM, Jabatan Penjara, dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di mana penghuni yang berisiko rendah atau Orang berselia (ODS) diberi komuniti latihan pemulihan di kem-kem tentera yang terpilih, menjimatkan RM10.7 juta setiap tahun dalam kos program ODS di penjara sepanjang tahun ini.

Ada peningkatan yang positif sejak NBOS dilaksanakan pada tahun 2009,  pencapaian program NBOS dinilai dari sudut permintaan penawaran seperti pelaksanaan Pusat Tranformasi Bandar (UTC). Ini dapat dilihat pada tahun pertama operasi UTC 2013, terdapat 6.5 juta rakyat mengunjungi perkhidmatan itu. Pada 2014 jumlah tersebut meningkat kepada 9.6 juta orang manakala bagi tahun ini sehingga akhir Mei lepas, jumlah pengunjung adalah berjumlah 5.1 juta orang,”

Menurut Chua, lebih 80 jabatan  dan agensi kerajaan telah melaksanakan 78 NBOS secara kolaboratif sejak ianya dilancarkan pada 2009.