Thursday, July 9, 2015

KITA JANGAN TERLALU EMOSI

Saya bersimpati di atas tragedi kehilangan nyawa seorang doktor muda yg terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga Allah tempatkan Allahyarhamah di kalangan orang2 yg solehah dan dianugerahkan jannah. Semoga ahli keluarganya juga diberikan kekuatan dan kesabaran utk menghadapi musibah yang besar ini.

Namun demikian, saya lihat ramai yang emosi dan marah dgn berkata, punca beliau kemalangan dan meninggal dunia adalah kerana tidak cukup waktu rehat dan mengantuk. Rata2 mereka memarahi pihak hospital dan kementerian atas kejadian malang yang tidak diingini ini.

Pandangan saya ini mungkin agak berbeza berbanding dengan rakan2 lain.
Saya agak musykil, bagaimanakah kesimpulan sedemikian boleh dicapai oleh orang ramai. Bagaimanakah kaedah kesimpulan seperti itu diperolehi? Apakah sudah ada hasil siasatan utk kita simpulkan sedemikian.

Diakui dan diiktiraf:
1. Doktor merupakan profesion yg amat sibuk dan memenatkan.
2. Waktu bekerja doktor terutama sistem oncall perlu dikaji dan dinilai semula sesuai dengan pertambahan jumlah doktor kini.
3. Bilik rehat dan ruang tidor bagi doktor perlulah dinaiktarafkan dan diperbaiki keadaannya berbanding keadaan yg daif di sesetengah hospital.
4. Jumlah pendapatan yang diperolehi adalah tidak berpada dengan kesibukan dan pengorbanan seorang doktor.
5. Perlu dikaji semula dan dinaikkan gaji dan elaun para doktor dari peringkat houseman, medical officer hingga pakar sesuai dengan pengorbanan yg mereka berikan.
Kita akui semuanya. Namun apakah benar sudah diputuskan oleh pihak yang berwajib bahawa punca kemalangan adalah kerana doktor itu mengantuk dan terlalu letih? Bukankah ada banyak punca kemalangan lain yang berkemungkinan? Saya bimbang bilamana emosi dan persepsi dibiarkan berleluasa dengan mendahului siasatan yang sah.
Memang benar kita mahukan penambahbaikan untuk kebajikan para doktor, malah kakitangan paramedik yang lain seperti Jururawat dan MA. Akan tetapi kita tidak boleh menjadikan kes malang ini sebagai batu loncatan utk kita mencapai apa yang kita mahu.
Kita bukan Machiavelli. Kita adalah umat Islam. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.


DR. ABDUL RAHMAN ABDUL KADIR



No comments:

Post a Comment