Wednesday, February 11, 2015

BERSEDIA GEMPUR PERMATANG PAUH



Selesailah siri perbicaraan Anwar Ibrahim dgn rekod penangguhan perbicaraan 115 kali dlm jangka masa melebihi 5 tahun. Kalau kerusi mahkamah tersebut boleh bercakap pasti dia pun minta anwar ibrahim bertaubat dan jangan lagi datang ke situ.

Saya pasti selepas ini Azmin Ali akan mencabar Wan Azizah dalam untuk kerusi terpenting PKR kerana ianya bukan lagi parti untuk anwar menjadi perdana menteri.

Seperkara lagi, saya harap tiada lagi perdana menteri yang akan poyo poyonya membebaskan Anwar dari penjara. Kesian kat Anwar nak kena berceramah sana sini lagi. Kalau dibebaskan lagi Anwar pun tepuk dahi tak percaya dengan kerajaan BN. Hormatilah mahkamah. Tak perlulah juga mana-mana menteri yg sibuk-sibuk nak apply passport untuk Anwar...(semoga majulah sukan utk negara).

Tutup episod sinetron. Mari kita tumpukan pada PRK parlimen Permatang Pauh. Secara peribadi saya beranggapan ianya bukan tugas mudah. Kemungkinan juga Wan Azizah akan kembali ke kerusi tersebut bagi membina taring untuk pertahankan kerusi utama dlm PKR. Jika Wan Azizah ke parlimen, ianya boleh mengimbangi pengaruh azmin dlm PKR.

Walaubagaimanapun, kita letak sebelah dulu urusan strategi kawalan kuasa dalaman PKR. Apa yang perlu kita fokuskan adalah bagaimana BN boleh merebut kembali parlimen Permatang Pauh. Dari rekod PRU terdahulu, Dr Mazlan berjaya merapatkan jurang perbezaan majoriti dari PRU sebelumnya. Ianya indikasi penting bahawa jika BN bijak mencanai strategi, tidak mustahil ianya bakal membuahkan hasil.

Antara faktor penting yang perlu dilihat adalah soal calon. Siapakah calon terbaik utk masuk gelanggang adalah bukan calang-calang persoalan. Selain itu, kita juga perlu melihat kepada keberkesanan dan kecekapan BN untuk menangani isu hukuman ke atas Anwar. Rakyat mungkin sudah muak dengan perangai anwar, tetapi jika BN tidak bijak memainkan isu dan mengawal kerosakan kemungkinan rakyat juga boleh muak dengan cara kita berkempen. Pastikan strategi yang digunapakai kali ini lebih menjurus ke arah membawa perubahan kepada nasib Melayu Pulau Pinang. Tak perlu tekan isu anwar. Dia pun dah keras dalam penjara. Rata-rata Melayu Pulau Pinang hari ini sudah keluh kesah dan merasa ditindas dan ditipu oleh DAP. Jadilah hero Melayu di Pulau Pinang. Hadirkan diri kita sebagai pembela agama, bangsa dan negara.

Seperkara yang tidak kurang mustahil untuk dipikirkan adalah kemungkinan detik ini boleh di angkat sebagai titik penyatuan Melayu dalam Pas dan Umno. Tanamkan dibenak hati bahawa kita bukan sekadar ingin memenangi kerusi, sebaliknya kita ingin MEMENANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Salam cinta bangsa,
Anina Saadudin
Lecturer& Project Manager
(Bank Rakyat/Unirazak Research Collaboration)
Bank Rakyat School of Business and Entrepreneurship
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

No comments:

Post a Comment