Friday, January 15, 2016

PENGERUSI FELDA DILANTIK SEBAGAI ANGGOTA FELO WILLIAM PITT


Tahniah !
Satu pengiktirafan kepada  FELDA apabila Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik menganggotai Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge. 

Beberapa tahun sebelum ini FELDA telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Cambridge untuk pelbagai projek penyelidikan dan teknologi. Ini bukti betapa sudah ada hubungan mesra antara kumpulan FELDA, Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge.

Hubungan ini sudah sedia terjalin sejak dua tahun lalu apabila Yayasan FELDA telah menandatangani penjanjian strategik dengan Kolej Pembroke serta terlibat dengan Program Penrkongsian Korporat mereka.  

Oleh itu tidak hairanlah jika pegawai-pegawai Kanan FELDA pernah mengikuti latihan dan kursus di Kolej Pembroke.

Anugerah ini merupakan satu penghormatan kepada keseluruhan kumpulan FELDA terutama mereka yang mengadakan kerjasama dengan Kolej Pembroke sejak dua tahun yang lalu, kata Isa.

Anugerah perlantikan itu dibuat dibilik Thomas Gray itu juga dihadiri oleh isteri Pengerusi, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi  Suhada, Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan FELDA, Datuk Seri Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar dan Preelector Kolej Pembroke, Brain Wacthorn.

Felo William Pitt adalah merupakan bekas pelajar Kolej Pembroke yang pernah menjadi Perdana Menteri termuda di Britain antara tahun 1783 hingga beliau meninggal pada tahun 1806. 

Oleh itu penerima anugerah ini merupakan mereka yang sangat dihormati dan disanjungi.