Wednesday, January 28, 2015

PEJUANG ISLAM KABUR DENGAN PRINSIP ASAS ISLAM ?

Sungguh amat mengecewakan jika sesebuah jemaah , parti, satu kumpulan atau individu tidak tahu apakah prinsip yang menjadi teras kepada perjuangannya. Menang mudah menyatakan perjuangan kita berdasarkan Al-Quran dan AsSunnah, namun apakah kita sudah cukup mengkaji sepenuhnya apa itu yang di katakan mengikut Al-Quran dan AsSunnah ? Beberapa penulisan saya didalam maya ini kerap kali saya melihat kecenderongan beberapa kolompok manusia memberi respon secara melulu dan emosi, jarang sekali saya menemui mereka yang berinterksi dengan beradab dan bersopan dalam mengutarakah hujjah balas. Maka dimanakah prinsip perjuangan Islam yang di war-warkan itu ?

Suka saya menyorot kembali sirah perjuangan Rasulullah SAW yang penuh dengan kasih sayang dan sikap pemaafnya. Para sahabat yang berjuangan bersama baginda bukan kerana ingin pangkat atau takut pada baginda, tetapi kerana kasih sayang yang kukuh bertaut di dalam qalbu. Kerana apa ? kerana Rasulullah mendidik para sahabatnya dengan akhlak yang mulia , tidak pernah memaksa , berlembut dan cukup sopan santun. Bahkah ada pendapat yang menyatakan jika anak dara itu pemalu, Nabi SAW lebih pemalu dari anak dara tersebut. Subhanallah begitu hebat akhlak Rasulullah SAW. 

Jika prinsip perjuangan mereka tidak kukuh , tidak selari , tidak sekata dengan perjuangan Rasulullah maka hari ini kita dapat lihat mereka berpecah belah, pendirian antara mereka tidak sekata bahkan tidak mampu menjelaskan prinsip masing-masing. Maka tidak hairan ada diantara mereka yang terlibat dengan Syiah , Muktazilah , bomoh, penyeru para Wali , ada yang mengkafirkan orang seperti khawarij, liberal dan Ahli Sunnah Waljamaaah. Mereka kabur dan seolah-olah teraba-raba dalam soal prinsip. Mereka tidak tahu apa yang dibolehkan dan apa yang tidak di bolehkan. Tidak hairan jika mereka seperti ini memaki hamun dan mencaci sesuka hati kerana di dalam hati mereka apa yang mereka buat ini benar dan mendapat keredhaan. Tidak sampai hati hendak menyatakan bahawa mereka tersasar jauh dari dari landasan Islam , tapi apakan daya saya wajib menegur dan berkata benar walaupun selepas ini dicaci untuk kesekian kalinya. 

Biarlah Allah membuka hati kita semua untuk kembali kepada ajaran Rasul Nya dan hidup dalam berkasih sayang sesama muslimin. 

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment