Wednesday, January 28, 2015

EGO, BONGKAK, ANGKUH - PUNCA DARI BUTA SEJARAH

Orang yang memahami sejarah akan hilang segala ego , bongkak dan tidak sedar diri. 

Menurut Profesor Khoo Kay Kim , punca sebenar mengapa sejak kebelakangan ini 
terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan tentang hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat kini sudah buta sejarah.Menurut beliau Kaum bukan Melayu perlu menghormati hak Islam dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, KAUM LAIN MENGAKUI SUDAH BERSETUJU dengan pekara-pekara yang dimasukkan dalam perlembagaan tersebut. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam telah bermula sejak dulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di semenanjung , sudah ada sembilan kerajaan Islam yang kekal sampai hari ini sejak dari tahun 1895.

Sejarah perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat dari Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956. Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Pekara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan pekara ini. Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan Persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu (Islam) dan bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam , serta pemberian permit dan lesen perniagaan.

No comments:

Post a Comment