Saturday, January 26, 2013

SAYONARA AMERIKA


Pada tahun 1986, dua orang wartawan akhbar Asian Wall Street  Journal; John Berthelesen dan Ralphael Pura telah dihalau keluar dari Malaysia kerana membuat laporan yang memburuk-burukan imej Malaysia. Mereka mengambarkan Malaysia seolah -olah sentiasa berada dalam ketegangan kaum dan tidak mempunyai suasana pelaburan yang baik.
Bagaimana pun tindakan kerajaan itu terhalang apabila kedua orang wartawan itu telah menang dalam tindakan mahkamah yang mencabar penyingkiran mereka dan mereka hanya keluar dari Malaysia setelah kerajaan tidak memperbaharui permit kerja mereka.
Tidak lama selepas tindakan terhadap dua orang wartawan akhbar Amerika itu, Dr. Mahathir telah mengambil kesempatan daripada lawatannya ke New York untuk bersemuka secara terbuka dengan para wartawan Amerika dan eksekutif akhbar Asian Wall Street Journal di dalam satu majlis makan tengahari yang diadakan di Hotel Waldorf , 1 oktober 1986.
Beliau memberitahu mereka bahawa "saya tahu usaha untuk memburukkan Malaysia akan terus dijalankan tetapi kami tidak akan menyerah kalah. Kami akan terus bangun dan menentang sekalipun akan memberi kesan kepada "pembangunan kami".
Kami menyedari hakikat bahawa perbuatan akhbar Asian Wall Street Journal itu akan memberi kesan yang buruk kerana ia dibaca hampir di seluruh dunia tetapi mereka yang telah menanam modal tau bahawa mereka boleh mencari wang dari negara ini," ujarnya.
Dr. Mahathir juga memberitahu bahawa jika mereka tidak suka dengan sikapnya yang berterus-terang," beliau tidak lagi boleh mengubahnya sebaliknya "saya akan terus memberitahu orang apa yang saya fikir tidak betul."
Kempen jauhi pelaburan di Malaysia oleh Asian Wall Street Journal itu akhirnya memakan diri sendiri apabila beberapa tahun kemudian Amerika Syarikat mendapati dirinya ketinggalan dalam pelaburan di Malaysia dan telah didahului oleh Jepun.
Majalah mingguan utama Amerika, Times dalam sebuah keluarannya pada akhir tahun 80-an telah memberikan keutamaan mengenai masalah ini dalam rencana muka depan bertajuk "SAYONARA AMERIKA". Antara lain salah sebuah dari rencana itu menyebut Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Paul Celevelad mengakui kesilapan dalam pelaburan di Malaysia.Beliau mengambil insentif kembali ke Amerika dan mengadakan pertemuan dengan kalangan ahli perniagaan dan usahawan bagi mengalakkan pelaburan di Malaysia.

1 comment: