Sunday, January 27, 2013

IKHLAS MENYEMBAH ALLAH


Orang yang beribadat dengan ikhlas menjadikan dirinya sentiasa mengingati Allah. Ibadatnya yang ikhlas itu membuatnya seolah-olah berdepan dengan Allah tidak pernah terputus walaupun sesaat.
Ia akan merasa lazat dalam munajat, tenang dalam zikir serta gembira mendeketi Allah.
Kenapa kita sembah Allah? Soalan ini banyak kali saya tujukan kepada sahabat handai dan saya mendapat satu skema jawapan : kerana inginkan syurga Allah dan takutkan neraka Allah..
Saya terfikir sejenak.
Benarkah kita menyembah Allah kerana inginkan syurga dan takutkan neraka? Jika Ya, maka kita seharusnya merasa malu pada kekasih-kekasih Allah yang ikhlas dalam menyembah Allah, cinta mereka secara total.. tidak mengharapkan apa-apa ganjaran mahupun takutkan apa-apa balasan. Mereka menyembah Allah kerana zat-zat Allah dan segala nikmat yang telah diberiNya..
Jika kita menyembah Allah kerana tamakkan syurga ataupun takutkan neraka, adakah jika syurga dan neraka itu tidak wujud, maka kita tidak akan menyembah Allah? Teringat saya pada satu kisah Rabiatul Adawiyah, wanita suci terpuji , satu-satunya perempuan yang menjadi wali Allah..
Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyah membawa air di sebelah tangannya dan api di sebelah lagi tangannya.Orang yang melihatnya pun bertanya , “Engkau mahu ke mana ya rabiah?” dan Rabiah menjawab “ Saya mahu ke langit untuk membakar syurga dan memadamkan api neraka, supaya kedua-duanya tidak menjadi sebab menyembah bagi manusia”.
Orang awam yang melihat kelakuan pelik Rabiah itu tentunya merasa itu tidak masuk akal. Bukankah membakar syurga dengan api dunia dan memadamkan neraka dengan air dunia itu sungguh mustahil? Tapi para ilmuwan memahami maksud sebenar Rabiah. Rabiah mahu semua org menyembah Allah kerana Allah. Ikhlas. Tidak mengharapkan apa-apa balasan. Rabiah mahu manusia taat kepada Allah bkn kerana takutkan pembalasan. Kita ini hanyalah seorang hamba, seorang hamba hanya layak patuh pada tuannya dan menghormati tuannya.. Ganjaran atau pembalasan hanya layak ditentukan oleh Allah…
Saya mengagumi wanita suci terpuji itu, meskipun dia hanya menikmati air kosong sbg juadah berbuka, namun dirinya tidak pernah putus-putus mensyukuri nikmat Allah itu. Pernah suatu ketika, Rabiah sedang solat dan batu dari bumbungnya jatuh mengenai kepala Rabiah, meskipun kepalanya berdarah namun Rabiah tidak merasakan kesakitan itu kerana dia telah tenggelam dalam cinta yang ikhlas kepada Allah. Jika kita beribadah ikhlas kerana Allah, kita tidak akan jadi manusia yang gemar menghukum seolah-olah kita adalah Tuhan!
Rabiatul Adawiyah tidak menghukum org yg melanggar haknya dengan hukuman yg memuaskan hawa nafsu. Tapi dia lebih menekankan agar pesalah itu insaf dan sedar. Agar pesalah itu sedar akan kesalahannya lalu meninggalkannya buat selama-lamanya. Hal ini diperoleh Rabiah daripada kemuliaan Islam itu sendiri. Rabiah sedar, orang yg melakukan kesalahan itu biasanya mempunyai hati yang baik tetapi keadaan tertentu telah mendorongnya melakukan sesuatu jenayah. Jika ada seseorang yg dapat melembutkan nafsunya, nescaya akan datanglah kebaikan dalam dirinya. Dalam hal ini,bukan hukuman yang harus diberi tetapi nasihat yang dapat menyentuh hati nuraninya sehingga timbul keinginan untuk bertaubat..
Rasulullah S.A.W bersabda :
الناس هلكى الا العالمون وكل العالمين هلكى الا العاملون وكل العاملين هلكى الا المخلصون والمخلصون على خطر عظيمكل
“Semua manusia binasa melainkan orang-orang alim. Semua orang alim binasa melainkan orang alim yg mengamalkan ilmunya. Semua org yg beramal dgn ilmunya binasa melainkan dia sertakan dgn ikhlas. Sedangkan orang-orang ikhlas pun masih berada di tepi jurang bahaya yg besar.”
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang ikhlas beribadah kerana Mu semata-mata…
‘Jauhilah aku wahai dunia, jika engkau hendak menipu, pergilah kepada orang yg selainku’ 
-Saidina Ali r.a

No comments:

Post a Comment