Pernah pada suatu hari beberapa orang salih datang menziarahiRabiatul Adawiyah, Ketika itu terjadi lah soal jawab diantara Rabiatul Adawiah dengan tetamu berkenaan perihal dengan masalah menyembah Allah, salah seorang dari mereka di soal oleh Rabiatul Addawwiyyah,
Mengapa anda menyembah Allah ?" tanya Rabiatul Adawiyah.
Kerana saya takut akan api neraka," jawab orang itu.
Mengapa anda menyembah Allah ?" Rabiatul Adawiah bertanya pula kepada tetamu yang lain.
Saya menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inign masuk ke dalam syurgaNya," jawab tetamu itu.
Rabiatul Adawiyyah menarik nafas panjang serta berkata :
"Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka !"
Rabiatul Adawiyah menyambung," Sekiranya syurga dan neraka tiada , apakah kamu tidak menyembah Allah ?"
Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiatul Adawiyah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab, salah seorang dari mereka memecah kesunyian dengan bertanya kepada Rabiatul Addawiyah:
KALAU BEGITU TOLONG JELASKAN KEPADA KAMI MENGAPA ANDA MENYEMBAH ALLAH?"
RABIAH MENJAWAB:"
"SAYA MENYEMBAH ALLAH ADALAH KERANA-NYA. NIKMAT YANG DIANUGERAHKAN NYA KEPADA SAYA SUDAH CUKUP MENGERAKKAN HATI SAYA UNTUK MENYEMBAHNYA!"
Demikian jawapan Rabiah , ringkas namun padat. Dan dengan jawapan ini Rabiah sekali gus telah menjelaskan mengapa ia menyembah Allah dan ditahap mana kedudukannya dalam penyembahan ini.
No comments:
Post a Comment