Wednesday, January 9, 2013

PERJUANGAN KERUSI BUKAN PERJUANGAN ISLAM



 PAS sekarang  bukan  lagi sebagai sebuah organisasi tonggak memperjuangkan Islam. PAS  sendiri sudah hilang di hembus angin lalu  dan kini  hanya tinggal nama je sekarang ni.
PAS yang ada pada hari ini hanya sekadar BONEKA mengikut telunjuk puak - puak PKR dan DAPigs semata - mata demi kepentingan Politik serta untuk meraih sokongan.
 Malah, PAS sendiri menjadi penghalang kepada perjuangan Islam, semua usaha Islam yang UMNO lakukan bukan sahaja tidak disokong malahan di bangkang pula. 
Salah satu pekara yang rakyat tak boleh terima apabila PAS sanggup gugurkan nama Islam dalam dasar perjuangan mereka dan digantikan dengan Negara Kebajikan demi untuk berada dalam kelompok PKR.
Kalau ikut cakap Haji Hadi sebab utama PAS gugurkan Negara Islam dalam perjuangannya ialah kerana   ianya tidak menjadi tuntutan yang Utama didalam Al - Qur'an.
Maknanya, selama hari ini, perjuangan PAS dalam menegakkan Negara Islam sebenarnya tidak mengikut Al - Qur'an. Kalau dah perjuangan Negara Islam tu tak mengikut tuntutan didalam Al - Quran, perjuangan Islam menda jadahnya lagi yang PAS nak perjuangkan?

Hakikatnya, PAS gugurkan perkataan Islam dalam perjuangan tersebut adalah atas sebab DAPigs dan PKR yang tak bagi. Bukannya sebab mereka benar - benar nak memperjuangkan Islam sangat pun!!! Semuanya nak memenuhi kehendak orang lain je!!!



Perjuangan Islam merupakan satu sunnah yang sewajibnya diteruskan oleh generasi kini sebagaimana yang telah diwarisi oleh Baginda Rasulullah SAW, para sahabat dan seterusnya ummat yang terdahulu. Perjuangan Islam adalah dilandaskan kepada Aqidah yang benar dan jelas, bersumberkan kepada Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan. Ia dihiasai dengan Jihad dan Pengorbanan yang menjadi kekuatan kepada Perjuang Islam itu sendiri. Inilah antara asas dan konsep yang perlu difahami dan dihayati oleh semua Pejuang Islam.

Walaupun asas perjuangan Islam itu tetap, namun method dan kaedah kepada perjuangan itu adalah bersifat anjal dan berubah, sesuai mengikut zaman dan keadaan semasa. Method inilah juga yang seharusnya difahami oleh para pejuang Islam agar setiap tindakan dan strategi dalam perjuangan Islam itu tepat dan mencapai matlamatnya. Di Malaysia kini, antara method dan wasilah dalam memperjuangkan Islam itu adalah melalui medan politik demokrasi, iaitu keterlibatan dalam sistem pilihanraya. Alhamdulillah, PAS, sebuah gerakan Islam, telah mengambil satu ijtihad yang baik dengan menyertai pilihanraya bagi mendapatkan kuasa untuk melaksanakan amanah pemerintahan di bumi ini mengikut acuan Islam.

Sehingga kini, PAS telah menunjukkan satu komitmen yang tinggi dalam gelanggang politik ini bagi mencapai hasrat murni memartabatkan sistem pemerintahan Islam di negara ini. Hakikatnya, dalam usaha ke arah mencapai hasrat dan matlamat ini, PAS terpaksa mengambil pendekatan untuk menyertai arena politik demokrasi, bagi memastikan maslahat Islam dan ummat yang lebih besar dapat diraikan kelak. Tidak dapat dinafikan, apabila bergelumbang dalam arena politik demokrasi ciptaan barat ini, PAS perlulah berfikiran lebih terbuka dan meraikan banyak pihak. Namun bagitu PAS dilihat tidak menggadaikan asas Perjuangan Islam dan tetap komited dengan agenda Islam mereka.

Namun di sana, pasti akan ada kelompongan dan kelemahan apabila bergelumang dalam medan politik demokrasi ini. Tidak dapat dinafikan, bukan semua mereka yang terlibat dalam menggerakkan agenda politik PAS benar-benar memahami dan menghayati akan konsep sebenar politik dalam Islam. Harus diingat mereka yang begitu bersemangat menggerakkan agenda politik PAS ini adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang, yang mana khidmat dan peranan mereka ini adalah amat besar kepada keberkesanan penyertaan PAS dalam politik Malaysia.

Penulis melihat, sudah mula merebak di dalam PAS simptom-simptom penyakit politik yang mampu membentuk satu barah yang kronik yang akhirnya mampu menjatuhkan PAS jika tidak diubati dan dikawal dengan sebaiknya. Apa yang penulis maksudkan di sini ialah sudah ada di kalangan pemimpin mahupun ahli PAS yang sudah mula menjauhkan diri dengan Aqidah Perjuangan yang sebenar apabila mereka mula larut dalam gelanggang politik demokrasi ciptaan barat ini. Mereka sudah lupa bahawa politik demokrasi ini hanyalah semata-mata wasilah yang dipilih oleh PAS dalam melaksanakan amanah Perjuangan Islam.

Ramai di kalangan orang PAS sudah mula memandang politik ini sebagaimana pandangan golongan sekular, yang menganggap ianya merupakan salah satu cara untuk mengaut kemewahan, kuasa dan penghormatan daripada manusia. Sebab itulah kini sudah merebak penyakit-penyakit orang UMNO di dalam PAS. Tidak perlulah penulis menyebutkan apakah penyakit-penyakit tersebut, cukup sekadar penulis menyatakan bahawa penyakit-penyakit itu sudah mula merebak ke dalam PAS secara perlahan-lahan. Dan sebab itulah ramai yang melihat PAS hanyalah sebagai sebuah parti politik sebagaimana parti-parti yang lain, bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam, yang memperjuangkan Dakwah, Tarbiyah dan Siasah secara selari.

Justeru bukanlah sesuatu yang pelik kini jika ada di kalangan ahli PAS yang begitu bersemangat dengan gerak kerja politik, namun tersungkur dan tewas apabila diajak ke program dakwah dan tarbiyah. Ya, politik itu terkandung di dalamnya elemen dakwah dan tarbiyah, namun jika nilai dan konsep yang diamalkan itu adalah politik demokrasi ciptaan barat, bukannya politik sebagaimana yang dianjurkan Islam, maka tidak salahlah jika masyarakat mula menganggap PAS adalah sebuah parti politik semata-mata sebagaimana parti-parti lain. Tidak salahlah juga jika masyarakat mengaanggap orang PAS ini adalah orang politik semata-mata, bukan lagi ‘orang dakwah dan tarbiyah’.

Justeru, penulis ingin menyeru kepada semua penggerak PAS, sama ada pimpinan mahupun ahli biasa untuk kita kembali menghayati dan memahami konsep perjuang Islam yang sebenar. Fahamlah apa itu Aqidah Perjuangan, apa itu Politik Islam, apa itu jihad pengorbanan, apa itu mehnah dan ujian. Ingatlah, di saat kita diberikan amanah mentadbir beberapa negeri, janganlah kita dibuai leka dan lalai, sehingga kita berasa begitu selesa dan yakin dengan semua tindakan kita. Hakikatnya, di saat inilah, musuh-musuh mudah untuk mencari peluang dan ruang untuk menjatuhkan kita.

Penulis ingin sekali tegaskan, PAS adalah sebuah Jemaah Islam, hadirnya adalah untuk memperjuangkan Islam melalui tarbiyah, dakwah dan siasah. Maka pandulah kereta ‘PAS’ ini sebagai sebuah Jemaah Islam, bukan sebagai parti politik semata-mata. Jika ditakdirkan suatu masa politik itu tidak wujud, maka pada waktu itu PAS tetap akan wujud dan hidup, kerana di sana masih ada Dakwah dan Tarbiyah, yang merupakan dua tonggak utama yang hadir sebelum politik. Inilah yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW, tugas awal Baginda adalah Dakwah dan Tarbiyah. Selepas dua elemen ini mampu dihayati dan difahami oleh para sahabat Baginda, maka barulah Rasulullah SAW menyambungkannya dengan elemen Siasah, namun dalam keadaan dakwah dan tarbiyah itu tetap menjadi tonggak kepada politik itu sendiri.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan keresahan penulis melihat perkembangan PAS kini. Jika perkongsian ini ada manfaat dan benarnya, ambillah peringatan dan pengajaran daripadanya. Jika perkongsian ini bukanlah menggambarkan realiti yang sebenar, maka penulis ingin memohon maaf atas pandangan yang lemah ini. Berlapang dadalah. Semoga kita semua terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan agenda Perjuang Islam yang menjadi amanah kita semua di muka bumi ini. Siru ‘Ala Barakatillah.

Mereka melihat tindakan Hasan telah menimbulkan gejolak baru dalam Pas kerana selama ini biar pun sudah menukar haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan namun Pas tetap menyatakan mereka memperjuangkan Islam.
Keadaan itu sedikit sebanyak mewujudkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong Pas sendiri berhubung hala tuju parti berkenaan.
Dari satu segi Pas mendakwa, matlamat mereka kini ialah mewujudkan negara berkebajikan dan salah satu segi lain pula pemimpin mereka melenting apabila dikatakan tidak lagi memperjuangkan Islam apabila Pas sendiri sudah mencapai kata sepakat untuk tidak lagi memperkatakan soal negara Islam bagi menghormati kesepakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas, khususnya dalam sebahagian yang tertulis pada Fasal 5 dan Fasal 6.
Fasal 5 menyatakan: Tujuan Pas ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
(2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6: Usaha-usaha:
(1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah SAW melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.
(2) Memperjuangkan lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang- orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.
Soalnya, apakah Pas sekarang berada di landasan seperti mana dinyatakan dalam perlembagaannya itu?
Kita tidak mahu membuat kesimpulan apa- apa tetapi apa yang jelas di peringkat akar umbi perdebatan mengenai hala tuju Pas semakin banyak diperbincangkan di kalangan ahli dan penyokongnya.
Mereka seolah-olah tidak mempunyai jawapan pada soalan mengenai perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas penubuhan parti itu pada tahun 1951.
Kesepakatan politik dengan PKR dan DAP telah memungkinkan soal perjuangan Islam semakin reda dalam kamus politik Pas.
Atas sebab itulah ketika mengulas perkara ini, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin secara terbuka menyatakan bahawa Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Mungkin atas persahabatan itu jugalah pemimpin-pemimpin Pas tidak berpuas hati dengan Hasan, biar pun beliau mengatakan sesuatu yang benar.
''Lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan.
''Akhirnya pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali akan diketepikan kerana tidak selari dengan perjuangan Pas walaupun apa yang dilakukan oleh Exco Selangor itu adalah perjuangan asal Pas,'' kata Mohamed Hafiz.
Sebab itulah Pas dikatakan 'pening kepala' berhadapan dengan isu Hasan, ini kerana mereka merasa 'terperangkap' akibat mainan politik sendiri.
Percaturan politik yang dilakukan oleh Pas kini meletakkan parti itu dalam situasi akan terjerumus dalam perangkap 'yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran', 'menang sorak prinsip tergadai'.
Keadaan itu berlaku kerana Pas bukan sahaja akan kehilangan sokongan daripada orang Melayu atas pagar yang melihat parti tersebut hanya menjadi alat politik kepada PKR dan DAP tetapi juga di kalangan sesetengah penyokong mereka sendiri.
Ia disebabkan di kalangan penyokong Pas, mereka merasakan tiada apa-apa keuntungan jika mengundi parti berkenaan dalam pilihan raya kerana akhirnya yang untung ialah PKR dan DAP.
Justeru adalah lebih baik jika pilihan raya umum akan datang, ia dijadikan medan bagi mereka memberi isyarat kepada kepimpinan Pas untuk kembali kepada perjuangan asal dan bukan terlalu mengejar kuasa politik bersama sekutunya.
Sebab itulah, kerjasama Pas dengan PKR dan DAP tidak menguntungkan parti tersebut, sebaliknya mereka hanya berasa 'bertuah' kerana dapat sepentas memaki hamun kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sahaja tetapi dari sudut kuasa politik percayalah Pas tidak akan ke mana.
Pas hanya dibawa bekerjasama dengan PKR dan DAP demi untuk menumbangkan BN, itu sahaja matlamatnya.
Kalau mereka benar-benar menghormati Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, sudah pasti mereka akan mencari jalan supaya Pas tidak harus dipaksa mengorbankan perjuangan Islamnya.
Tetapi itu tidak berlaku, sebaliknya PKR dan DAP secara tersurat dan tersirat sering 'menghalang' Pas untuk meneruskan perjuangan berkenaan.
Dalam keadaan Pas begitu percaya bahawa mereka tidak akan dianiaya apatah lagi menjadi mangsa manipulasi politik PKR dan DAP, tanpa disedari ia sudah pun berlaku.
Sebab itulah Mohamed Hafiz mengingatkan, selagi Pas tidak keluar daripada pakatan pembangkang selagi itu parti tersebut akan gagal dalam agendanya memperjuangkan Islam.
Oleh itu, untuk kesimpulannya dalam soal kita memperkatakan mengenai hala tuju perjuangan Pas berikutan keghairahannya memburu kuasa politik bersama PKR dan DAP, cuba renungi lirik lagu tema Pas, apakah ia masih sesuai jika dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada parti itu sekarang:
Antara lain lirik berkenaan berbunyi: Berjuanglah wahai Ansorullah, Dengan matlamat Daulah Islamiah, Berkorbanlah wahai yang beriman, Dengan harta dan segenap kepunyaan.
Bergeraklah ke gerbang jasa, Kalah menang bukan alasannya, Sucikanlah niat di hati,
Hingga nyata benarnya janji Rabbi.
Dan dalam soal ini, Mohamed Hafiz secara tegas menyatakan, ''Saya yakin dan cukup percaya Pas sedar yang mereka tidak akan berjaya menegakkan syiar Islam walaupun pakatan pembangkang menang pada pilihan raya. Realitinya PKR dan DAP tidak mahu syiar Islam ditegakkan,'' ujarnya.
Sama ada kenyataan Mohamed Hafiz betul atau tidak terserahlah kepada kita untuk memikirkannya yang pasti ramai yang mendoakan agar lebih ramai lagi pejuang seperti Hasan Ali akan muncul bagi menyedarkan Pas.

No comments:

Post a Comment