Saturday, September 26, 2015

JUAL ARAK : FELDA AMBIL TINDAK SEGERA


Tergejut apabila mendapat tahu ada penjualan minuman arak di Menara Felda. Felda menerima aduan orang awam bahawa Brolly Restaurant  yang dimiliki oleh NAZA TTDI Sdn Bhd juga menyajikan arak selain makanan laut seperti yang di maklumkan pengurusannya. Syukurlah Pengurusan Felda dengan pantas membuat tindakan bagi menyelesaikan isu ini dari merebak. Antara tindakan yang telah diambil ialah, 

1- Menghantar surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif. NAZA Sdn. Bhd. walaupun ruang restoren berkenaan telah dipajakkan kepada syarikat berkenaan.

2- Felda juga meminta penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana lesen minuman keras dikeluarkan kepada restoren berkenaan. 

3- Felda juga menjelaskan bahawa  premis tersebut bukan milik Felda dan segala tindakan telah diambil oleh Felda bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.



Felda sebelum ini telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan NAZA TTDI bahawa restoran ini adalah berkonsepkan makanan laut, tetapi dalam masa yang sama tanpa pengetahuan Felda ia juga menyajikan arak. 

Rasanya pengurusan Restoren dan Naza TTDI tidak perlulah dimaklumkan bahawa Felda ini milik orang Melayu Islam. Sewajarnya mereka perlu lebih sensitif dan bijak dalam mengendalikan urusan makanan dan minuman apatah lagi di kawasan tempat orang Islam. Mungkin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat menjelaskan kenapa meluluskan penjualan arak di premis ini? 

Semoga isu ini menjadi pengajaran berguna agar kita lebih berhati-hati dan sensitif dengan ruang persekitaran kita. 

Thursday, September 24, 2015

Sampai bilalah PAS nak tipu oleh mereka




“Kerajaan Selangor akan terus stabil dan kekal berfungsi selagi mana Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali mendapat sokongan majoriti Adun di negeri tersebut,” demikian ujar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika mengulas status Kerajaan Selangor selepas pembentukan gabungan pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

“Kerajaan Selangor tidak terjejas kerana menteri besar masih memperoleh majoriti Adun.

“Jadi tiada sebarang isu (dalam pembentukan pakatan baharu) yang boleh jejaskan kestabilan pemerintahan,” katanya.

Semalam, Pakatan Harapan ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel, hari ini.

Wan Azizah yang mewakili ketiga parti berkata, penubuhan tersebut merupakan muafakat pakatan pembangkang dalam memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurutnya lagi, penubuhan tersebut merupakan usaha untuk menyatukan sokongan rakyat terhadap parti pembangkang.

PAS DI TOLAK DALAM PAKATAN HARAPAN

Makin lama makin pelik, makin aneh dan amat ganjil. Macam mana satu pakatan yang dulunya dikatakan hangat bercinta kini berpisah talak tiga tapi masih duduk dibawah satu kerajaan negeri iaitu Selangor, sedangkan di Pulau Pinang mereka terus disingkirkan tanpa banyak bicara Itulah yang berlaku kepada DAP, PKR dan PAS. 


Kepelikan dan keanehan ini berterusan lagi apabila DAP dengan sekutu rapatnya dengan selamba mencipta satu lagi parti setelah memecahbelahkan PAS kepada beberapa kumpulan. Parti yang saya maksudkan ini adalah Parti Amanah yang dianggotai oleh mereka yang mengkhianati perjuangan PAS. Mereka mengelarkan pakatan baru mereka sebagai "Pakatan Harapan". Entah apa yangboleh diharapkan dengan pakatan merapu ini. 

Kecelaruan dan kepelikan inilah yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Kaa Siong sebagai "Aneh dan Ganjil". Ini kerana sehingga kini mereka masih lagi menyatakan Pakatan Rakyat masih lagi wujud di Selangor sedangkan pada masa yang sama mereka mencipta pakatan baru yang dinamakan Pakatan Harapan tanpa penglibatan PAS tetapi mengunakan bekas serpihan PAS untuk mewujudkan satu pakatan baru.  Apa jenis perkahwinankah ini ? Ini tidak lebih adalah demi untuk kepentingan politik mereka sahaja, bukan untuk kesejahteraan rakyat. 

"Saya pun tak tau ini pakatan apa, kalau kata pakatan harapan, kenapa tidak melibatkan PAS. Kalau mereka tidak melibatkan PAS bermaksudnya secara automatik pakatan rakyat akan pupus, tidak wujud lagi dan ini berkisar kepada jawatan exco yang dipegang oleh parti masing-masing" Datuk Dr. Wee Kaa  Siong.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Datuk Wee, mereka hanya pentingkan jawatan masing-masing dalam kerajaan negeri. Jika pakatan rakyat ini dihapuskan dari muka bumi Selangor, sudah tentu jawatan mereka di Selangor akan tergugat. Boleh jadi berlakunya perpecah besar dalam kerajaan negeri jika pakatan ini tidak dikekalkan di Selangor.

Oleh itu, pakatan rakyat perlu dikekalkan sehingga PRU 14 akan datang agar kuasa mereka dapat dikekalkan sehingga penggal mereka tamat. Sudah jelas, mereka tidak pernah memikirkan tentang masalah rakyat. Apa yang mereka fikirkan hanyalah bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa dengan percaturan politik baru ini. 

Saya pasti selepas Pakatan Harapan ini kuat dan kukuh, Pakatan Rakyat di Selangor akan mansuh dan PAS diceraikan dengan rasminya serta Parti Amanah akan mengambil alih tempat PAS. 

Selamat Tinggal PAS. 








KERTEH BAKAL ADA TERMINAL BAS EKSPRES MODEN

Stesen Bas Chukai Kemaman


Keperluan yang tinggi dan mendesak memungkin  kerajaan negeri Terengganu membina sebuah terminal bas ekspress terbaru di Kerteh. Terminal yang bernilai 2 juta itu bakal memberi manfaat kepada ribuan penduduk di Kerteh. 

Segala proses dokumentasi bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri telah selesai, dan dijangka kerja pembinaan akan dimulai awal tahun depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman, peruntukan bagi membina Terminal Bas Ekspress akan disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri. 


Ketika ini Kemaman hanya ada  satu terminal bas ekspress beropersi iaitu di Chukai, ini menyukarkan pengguna kerana tiada hentian khusus untuk mereka menunggu kenderaan awam di tempat yang sesuai. Bahkan mereka terpaksa menunggu di beberapa pondok bas yang dijadikan tempat mengambil dan menurunkan penumpang.


Tapak yang bersesuaian telah dikenal pasti iaitu berdekatan dengan restoran makanan segera McDonalds Kerteh. Dan  proses pembinaan akan mengambil masa 10 hingga 12 bulan. Dijangka buat permualaan 10 buah syarikat akan beroperasi di terminal itu apabila siap nanti, dan jumlah ini dijangkakan akan meningkat. 



Wednesday, September 23, 2015

BERSIH , SELAMATKAN MALAYSIA




Ada MANUSIA menyatakan Malaysia tak selamat, bakal bangkrup dan kucar-kacir jika Najib  masih lagi PM. Untuk  membuktikan Malaysia tidak selamat, bakal bangkrup dan kucar-kacir.....mereka mengupah akhbar, media luar, memburuk-burukkan Malaysia, mereka menjemput musuh-musuh dari luar datang ke Malaysia buat haru hara, merancang untuk sabotaj ekonomi negara ....agar terlihatlah negara dalam keadaan tak selamat, kucar-kacir dan bakal bangkrup..... lalu mereka pun berkata "Kan saya dah kata, Najib tak boleh jaga Negara dan wajar diganti".

Merekalah yang mencipta suasana begitu demi untuk memenuhi kehendak nafsu mereka tanpa memikirkan nasib rakyat. 

 “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Tuesday, September 22, 2015

PECAH BELAHKAN PAKATAN MEREKA

Di dalam peperangan Khandak, tentera Islam berhadapan dengan tentera PAKATAN Kuffar Ahzab yang berjumlah 10 ribu orang, manakala tentera Islam hanya berjumlah lebih kurang 3 ribu orang.

Dalam keadaan yang genting inilah Nabi Muhammad SAW memberi tugas Khas kepada Nu’aim bin Mas’ud dari bani Ghatfan untuk menkucar-kacirkan PAKATAN Ahzab.

Nu’aim bin Mas’ud dari bani Ghatfan berjaya bertemu dengan pemimpin Quraisy, Yahudi dan Bani Ghatfan sendiri untuk memecah belahkan PAKATAN mereka. Akhirnya mereka berpecah belah dan hancur berkecai kerana saling curiga mencurigai.

Hari ini ada orang yang menemplak saya sebagai salah seorang ANTARA pengadu domba PAKATAN Ahzab mereka sehingga kini hancur berkecai menjadi PASMA ,GHB , PAN dan sebagainya. Saya dikatakan menyalahgunakan ilmu agama untuk memecahbelahkan PERSAUDARAAN mereka.

Sedih betul rupanya mereka terhadap perpisahan mereka dengan DAP dan PKR. DAP dan PKR tu saudara mereka rupanya. Tak apalah, saya teruskan tugas-tugas khas saya. Dan saya sedikit pun tak rasa bersalah memecahbelahkan PAKATAN Ahzab mereka.



Mohammad Firdaus Hasnel
Peminat Laksa

Mara hentikan tajaan pelajar Universiti Taylor


KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor atas pelbagai sebab, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 
Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti berkenaan dibenarkan meneruskan pengajian mereka.  

"Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Mara (Datuk Ibrahim Ahmad) untuk melihat perkara ini ... kami akan menghentikan penajaan kepada (pelajar) pengambilan baharu atas pelbagai sebab.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghentikan penajaan pelajar sedia ada (di Universiti Taylor) kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) @ Busana di Menara Mara di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat yang tersebar di media sosial bahawa Mara akan menghentikan pemberian biasiswa kepada pelajar tajaannya di Universiti Taylor.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerja-kerja pengubahsuaian pusat jualan IT @ Busana yang bakal menempatkan kira-kira 30 ruang jualan di tingkat tiga Menara Mara akan bermula esok dan dijangka selesai November ini dan dijadual beroperasi sepenuhnya pada Disember ini.

"Pusat itu yang menumpukan penjualan dan pemborongan alat-alat telekomunikasi dan pembaikan komputer akan memberi ruang kepada lebih ramai usahawan dan peniaga Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya.

Ditanya sama ada permohonan masih dibuka kepada usahawan Bumiputera yang berminat untuk menjalankan perniagaan di pusat itu, Ismail Sabri berkata: "Kita akan mempertimbangkan permohonan mereka dan sekiranya sambutan menggalakkan, kita akan menimbangkan untuk membuka satu lagi tingkat kepada mereka.

"Keutamaan akan diberikan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera, jika ada penyertaan bukan Bumiputera kita akan mempertimbangkannya," katanya.

Selain itu, beliau berkata orang ramai masih berpeluang mengemukakan cadangan nama bagi pusat itu sehingga 30 September ini.

Katanya, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, RM3,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata pihaknya akan menaik taraf Bistro Menara Mara secepat mungkin untuk keselesaan para peniaga dan pelanggan. - Bernama