Friday, July 26, 2019

BODOH TAK BOLEH DI IKUT

Ini yang dimaksudnya peribahasa "penny wise, pound foolish".

Untung Secupak Rugi Segantang.

Maksudnya, pemikiran yang sempit dan tak berpandang jauh.

Pada April 2017, kerajaan BN dahulu bersetuju untuk beli 4 kapal pesisir tentera laut yang canggih dari negara China dengan harga RM1.17 bilion.

Kita berunding dengan mereka dan semua pihak bersetuju bahawa 2 kapal akan dibina di negara China dan 2 lagi dibina di Malaysia oleh syarikat Boustead Naval Shipyard.

Tapi pada bulan Oktober 2018, Menteri Kewayangan dengan persetujuan Mat Sabu telah mengarahkan bahawa keempat-empat kapal itu akan dibina di China.

Dengan ini, mereka dapat menjimat RM122 juta kerana kos kontrak akan turun ke RM1.048 bilion.

Pandai tak Menteri Kewayangan dan Mat Sabu ini?

Telah jimat RM122 juta wang rakyat.

Pandai apa?

Syarikat Boustead ini milik siapa?

Milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Jika dua kapal itu dibina di Malaysia, anak tempatan akan dapat kerja.

Ada perpindahan teknologi. Kita boleh belajar.

Kita mampu membuat penyelenggaraan dan naik taraf kapal pada masa hadapan.

Tak bayar bayar begitu banyak kepada pihak asing lain kali.

Tak perlu semua berganttung kepada negara China.

Syarikat Boustead dapat keuntungan dan membayar dividen kepada LTAT.

LTAT pula boleh bayar dividen kepada ahli-ahli.

Ada limpahan ekonomi dan ada kitaran wang dalam negara kita yang berkali-kali ganda lebih besar berbanding RM122 juta yang kononnya dijimat.

Sekarang limpahan ekonomi dan kitaran wang semua ada di negara China.

Kita pengguna sahaja. Perlu bergantung penuh kepada negara lain.

Boustead kehilangan peluang. LTAT dan ahli-ahli mereka tak mendapat.

Pandai apa Mat Sabu dengan Menteri Kewayangan itu?

Takkan benda-benda simple macam ini pun dia tak tahu?

Saya pasti negara China kini bergelak tertawa atas langkah kerajaan PH kita.

No comments:

Post a Comment