Saturday, April 25, 2015

MODUL BARU PLKN MENINGKATKAN NILAI MODAL INSAN


Penanguhan PLKN selama setahun rupa-rupanya membawa rahmat kepada bakal-bakal pelatih akan datang apabila PLKN melakukan penambahbaikan modul latihan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Penambahan elemen teknikal dan Vokasional  ini akan melibatkan kerjasama dengan syarikat swasta yang mana akan menyediakan pelatih-pelatih PLKN kemahiran awal sebelum berhadapan dengan alam sebenar pekerjaan. 

Menteri  Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata ,"Cara bagaimana syarikat-syarikat swasta akan dilibatkan dalam transformasi ini akan kita putuskan segera dalam waktu terdekat," katanya dalam sidang media selepas meninjau Hari Terbuka Transformasi PLKN.


Hishammuddin berkata dengan penglibatan syarikat swasta, sijil yang diperoleh akan menjadi lebih bernilai manakala pihak swasta tidak dengan mudah menolak permohonan kerja bekas pelatih yang pernah mendapat latihan sepertimana yang diperlukan syarikat berkenaan di PLKN.

Hishammuddin juga yakin sesi baharu PLKN boleh bermula awal tahun depan selepas pihaknya membentangkan laporan makmal dan input hari terbuka kepada jemaah menteri apabila proses mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berakhir minggu depan. -BERNAMA


Selain itu modul  PLKN kali ini akan lebih menerapkan semangat patriotisme, kesukarelawan dan pembinaan modal insan selain mempersiapkan pelatih dengan elemen keganasan, cabaran ekonomi dan perubahan lanskap politik.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin Hussein, penangguhan setahun PLKN memberikan pihaknya sedikit ruang untuk lebih memperincikan cadangan yang ada dengan jelas dan tersusun.



Sebelum ini Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid dan juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara telah menegaskan bahawa program penambahbaikan PLKN ini akan berdasarkan kesesuaian semasa. 

Beliau juga berharap mendapat maklumbalas daripada rakyat Malaysia terutama ibubapa peserta berkenaan penambahbaikan modul terbaru PLKN. Untuk itu PLKN telah membangunkan portal bagi memudahkan rakyat Malaysia memberi maklumbalas dengan lebih mudah dan efisyen. 

Semoga apa yang diusahakan ini memberikan impak yang terbaik kepada peserta PLKN dan negara pada masa akan datang.

  







No comments:

Post a Comment