Friday, October 21, 2016

JANGAN SENTUH HAK ANAK YATIM ....PULANGKAN ...!!!



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, kecewa terhadap perebutan hak penjagaan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan adiknya, Nur Firuza Aqilah, 5, yang ibu bapa mereka maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke).

Manakala bagi pihak Jabatan Masyarakat pula (JKM) akan campur tangan jika sekiranya hak penjagaan dua beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lalu, gagal diselesaikan anggota keluarga.

“Kami memang ada hak mengambil penjagaan anak ini (diletakkan di institusi kebajikan) bagi kepentingan kanak-kanak itu.

Apa yang menjadi masalah hari ini ialah bila mana kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain ‘pecah amanah’. 

Menurut Yusnida, dua anak saudara dalam jagaannya hanya menerima RM12,000 sahaja sedangkan jumlah sumbangan orang ramai dianggarkan kira-kira RM300,000.

“Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).

“Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini,” jelas Yusnida.


Menurut Yusnida, Faizzur memberikan alasan wang sumbangan tersebut merupakan hak miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.




No comments:

Post a Comment