Saturday, March 25, 2017

GEGARAN



Saya dengar sendiri beberapa kenyataan seorang makhluk yang terhasil daripada goncangan menyatakan seorang lelaki memberitahunya "Tuhan"terhasil daripada energy, getaran dan sebagainya.


Cukup menarik apa yang dia cuba sampaikan walaupun jelas kelihatan dia dalam KESESATAN. Namun dalam satu segi ia menunjukkan makhluk ini cuba mengunakan otaknya untuk mencari Tuhan, berbanding lazimnya manusia lain yang menerima Islam sejak lahir amat jarang "mencari" tuhan walaupun mereka kenal Allah itu Tuhan mereka.
Dalam pada itu pun dia berani menyatakan dia lebih kenal Islam dari orang lain. Sehinggakan dia menyanggah beberapa ketetapan undang-undang yang dibuat khas untuk umat Islam.


Makhluk ini juga bersyukur kerana "tuhan" (mengikut konsep pemahamannya) menciptakan manusia bukan Islam. Kerana mereka bersama-samanya menentang undang-undang yang baginya diciptakan oleh agamawan Islam. Dia juga berharap mereka membiakkan benih-benih seperti ini lebih ramai.


Pada pendapatnya pindaan undang-undang Islam ini adalah helah ahli politik dan agamawan Islam untuk membawa negara ini kepada undang-undang Islam terutama hudud. Saya tidak pasti sejauh mana pemahamannya tentang Islam dan hudud.
Banyak sekali kontradiksi dalam kenyataannya. Namun saya memilih untuk tidak mencemuhnya kerana ia tidak akan mengubah apa-apa. Makhluk yang "bertuhankan" energy keegoan tidak akan mendengar apa apa penjelasan ketika ini melainkan "kebenaran" dari kaca matanya.


Terpulanglah kepada kebijaksanaan kerajaan dan agamawan Islam untuk menangani serangan makhluk ini. Kekeliruan dan kecelaruan yang dibawanya perlu ditangani segera dengan bijak. Jangan sampai ia menjadi satu ajaran baru kepada masyarakat Islam.

No comments:

Post a Comment