Wednesday, April 25, 2018

MAHATHIR SERANG MENTERI PELANCONGAN TAPI TAK KENA





Semalam, semua laman media sosial Tun Mahathir menyerang Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Dato' Seri Nazri Aziz.

Kononnya Nazri jarang melawat Langkawi. Siap buat poster lagi dan kononnya Mahathirlah satu-satunya dewa maaf, satu-satunya manusia yang boleh menarik pelancong datang ke Langkawi.

Untuk makluman, sejak Nazri menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, industri pelancongan negara semakin berjaya dan berdaya saing. Sekaligus mengharumkan nama Malaysia dan 
merancakkan pertumbuhan ekonomi negara serta setempat.

Mahathir dan puak-puak pro DAP mungkin sengaja buat-buat tak tahu bahawa industri pelancongan di Langkawi telah berjaya menjana pendapatan berjumlah RM4.7 bilion dalam tempoh 
Januari - September tahun lepas!

Kejayaan ini adalah hasil promosi berterusan Langkawi di peringkat antarabangsa yang membolehkan ketibaan 3.67 juta pelancong ke pulau ini dicatatkan dalam tempoh berkenaan.

Bahkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak juga telah memberikan perhatian khusus kepada pembangunan di Langkawi selama ini dan ingin melihat tahap pelancongan di pulau ini meningkat ke peringkat yang lebih tinggi. 

Selama ini Langkawi dikenali sebagai Permata Kedah tetapi Perdana Menteri ingin menjadikannya sebagai Permata Malaysia!

Bukan itu saja, Laporan State of The Global Islamik Economic Report oleh Thomson Reuters turut menobatkan Malaysia sebagai peneraju pembangunan eco system bagi Pelancongan Islam pada tahun 2014, 2015 dan 2017!

Biasalah, bila pentaksub mendewakan seseorang, maka dewa itu saja yang boleh mengubah sesuatu. Andai dewa itu tiada? Pasti hidup lintang pukang macam gempa bumi.

Hurm... macai Pakatan Harapan nampaknya sudah tak ada modal untuk menyerang Barisan Nasional. Kahkahkah

Sumber : 

No comments:

Post a Comment