Memang sesuai sangatlah apabila Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad melabel Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai penghasut bersiri. Ini kerana beliau pun terlibat dalam isu pindah tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Bagi penulis Rafizi ini sememangnya ditakdirkan untuk menjadi penfitnah akhir zaman yang membawa cerita separuh benar "half true", sehingga memporak perandakan rakyat dalam negara.
Dakwaan Rafizi bahawa ketika berlaku transaksi pada 6 Mac 2017 Tan Sri sudah menjadi Pengerusi Felda. Katanya "Jika (bekas pengerusi Felda) Tan Sri Isa Samad ditahan dan diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mungkin SPRM selepas ini perlu memanggil Shahrir kerana hak milik bagi lot terbesar tanah dipindahkan ketika beliau sudah menjadi pengerusi,"
Tan Sri Shahrir mengakui dia sudah memang jawatan sebagai Pengerusi Felda ketika transaksi itu berlaku pada Maca tahun lalu, namun sebenarnya perjanjian jual beli tanah tersebut sudah berlaku pada Novembr 2016. sedangkan beliau mula memegang jawatan sebagai pengerusi pada Januari tahun lalu.
Katanya, "Ya betul transaksi itu berlaku pada Mac tahun lalu ketika saya sudah memegang jawatan tersebut, namun perjanjian jual beli tanah tersebut berlaku pada November 2016. Pendaftaran tersebut hanyalah proses terakhir dalam soal pindah milik tanah berkenaan."
Jangan ingat apabila dia terus ambil alih sebagai Pengerusi dia terus tahu semua dan terlibat dalam hal ini. Hakikatnya jika tidak ada proses jual bbeli maka tidak akan ada proses pindah milik. Tabiat Rafizi sememangnya suka mengaitkan semua orang dan menuduh tanpa usul periksa. Tak ada orang terus masuk jadi Pengerusi dia tahu segala-galanya apa yang buat oleh pengurusan terdahulu.
Felda mengetahui mengenai perjanjian tersebut pada akhir Januari tahun lalu dan ada membuat pemohonan meletakkan kaveat bagi menjaga kepentingan agensi tersebut pada Februari, namun tidak dibenarkan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan. -
No comments:
Post a Comment