Sunday, February 4, 2018

PM MENIKMATI KEMUDAHAN ETS KE TANGJUNG MALIM




"SELESA", itulah ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambarkan perasaan puasnya menikmati  Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari dari Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur hingga ke Tanjung Malim. 

Perjalanan ini diserikan lagi dengan kehadiran isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Di sepanjang perjalanan ini Perdana Menteri kelihatan begitu gembira menikmati permandangan dari sisi tingkap cermin ETS. Sambil-sambil itu beliau bermesra dengan penumpang-penumpang yang menaiki tren yang sama. 

Jelas sekali hujung minggu ini merupakan hujung minggu yang begitu mendebarkan kepada seluruh pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD)  yang menguruskan pengangkutan rel ETS. Mereka menunggu-nunggu reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas perkhidmatan ETS hari ini. 

Nampak jelas Perdana Menteri berpuashati dengan perjalanan kali ini. Beliau kelihatan teruja dan mengambil peluang beramah mesra dengan penumpang yang mengambil peluang untuk bergambar dengan Perdana Menteri. 

Keterujaan beliau dizahirkan lagi sebaik tiba di Tanjung Malim apabila melihat sendiri fasiliti stesen Tanjung Malim yang jauh berubah sebelum terbinanya ETS ini. beliau nampaknya cukup berpuas hati dengan apa yang beliau alami dan nikmati sepanjang perjalanan sehinggakan beliau tidak putus-putus tersenyum apabila melihat setiap satu fasiliti yang disediakan.

Perdana Menteri  memberi bayangan bahawa pengangkutan ETS ini perlu dikembangkan seluas yang boleh agar dapat memberi keselesaan kepada penumpangnya kelak.



Kehadiran Perdana Menteri bersarapan bersama penduduk setempat di Medan Selera Tanjung Malim di sini, semalam menarik perhatian ramai pengunjung untuk bermesra selain merakam gambar bersama beliau.


.

Najib meluangkan masa kira-kira 20 minit bermesra dengan wakil penduduk sambil menikmati kuih pau, apam balik dan nasi lemak.

Pesara guru, Mukhlas Kasimin, 74, berkata, dia teruja dan tidak menyangka dapat duduk untuk bersarapan di sebelah pemimpin nombor satu negara buat kali pertama.


Katanya, baru semalam wakil Majlis Daerah Tanjung Malim menghubunginya untuk bersarapan semeja dengan Najib dan penghormatan itu tidak pernah terlintas di fikirannya.


Sepanjang perjalanan, beliau nampaknya cukup teruja dengan panorama dan kecekapan pengendalian tren ini. Malah, beliau tidak keberatan untuk bergambar dengan orang ramai yang turut menaiki tren yang sama dengan beliau


Apa pun, sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan trip singkat ini terutamanya pihak SPAD yang diperakui sebagai berjaya menerajui perubahan dan transformasi pengangkutan rel di negara ini.

No comments:

Post a Comment