Monday, January 22, 2018

SYARIKAT YANG DAPAT TENDER HILANG DARI SENARAI PEMEGANG SAHAM


Sejak DAP mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang mereka mengwar-war segala bentuk pembaharuan dalam kerajaan seolah-olah kerajaan BN sebelum ini membuat banyak penyelewengan dan masalah pentadbiran. Itu yang timbulnya idea CAT  (competency, accountability, transparency). 

CAT yang diharap dapat mengelakkan daripada "kucing hitam" dapat makan projek kerajaan rupanya-rupanya menjadi kucing yang melahap projek kerajaan sesuka hati mereka. Begitulah dalam kes Terowong Bawah laut yang menjadi panas hari ini setelah SPRM kembali membuat siasatan berkenaan isu penyelewengan dan rasuah. 

Jika kita kembali kepada awal-awal projek ini diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan kononnya dua syarikat gergasi dari China  iaitu China Railway Construction Corporation Limited (CRCC Ltd) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) telah berjaya memenangi tender  untuk membina tiga lebuhraya dan terowong bawah laut berdasarkan fundamental kewangan yang kukuh dan terjamin.

Apa yang berlaku terkini amat mengejutkan dan terdapat urusan yang mencurigakan. Siasatan mendapati dua syarikat tersebut sudah tidak tersenarai dalam Syarikat Konsesi Kenderaan Kegunaan Khas (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara pihak pemaju dan kontraktor.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada sidang media di ibupejabat MCA, Khamis, mendakwa beliau menemui bukti itu apabila menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Laporan berita 4 Mac 2013 yang diterbitkan oleh Buletin Mutiara terbitan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan Zenith Construction Sdn Bhd dan CRCC Ltd masing-masing mempunyai modal berbayar bernilai RM3.5 juta dan RM4 bilion.

“Tetapi apabila kami menyemak, CRCC Ltd tidak disenaraikan sebagai pemegang saham di dalam kontrak projek terowong bawah laut,” katanya.

“Saya mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan mengapa syarikat-syarikat ini, dan juga BUCG (rakan dalam konsortium projek terowong) tidak dapat dilihat sebagai pemegang saham SPV.

"Gabungan dua syarikat ini (Zenith Construction Sdn Bhd dan CRCC Ltd) dalam SPV mempunyai pegangan 70 peratus, BUCG 10 peratus, Sri Tinggi 10 peratus dan Juteras Sdn Bhd 10 peratus.

"Tetapi dalam carian di SSM saya dapati semua ini telah hilang termasuk BUCG. Ia tidak ada dalam senarai pemegang saham. CRCC Ltd yang dikatakan turut serta dalam SPV juga tidak ada. Ada sesuatu yang tidak kena.

"CRCC Ltd tak wujud sebagai pemegang saham. SPV pun tak jadi pemegang saham. Kalau ia bukan pemegang saham, apa kena mengena ia dengan modal berbayar tu?

"Saya nak Guan Eng buktikan CRCC Ltd dan SPV sebagai pemegang saham. Kalau tak macam mana boleh wujud penilaian tender itu berdasarkan modal berbayar RM4.6 billion yang kononnya dari CRCC?

No comments:

Post a Comment