Tuesday, January 30, 2018

TREN KOMUTER TANPA HENTI SEMPENA THAIPUSAM




Sempena sambutan perayaan Thaipusam 2018 ini Keretapu Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter tanpa henti selama tiga hari dua malam mulai 30 jan hingga 1 Februari ini.

Orang ramai terutama penganut agama Hindu dan pelancong yang ingin ke Batu Caves boleh menggunakan perkhidmatan Komuter ini bagi memudahkan lagi perjalanan mereka ke Batu Caves.

Sebelum ini kebiasaannya penganut Hindu berjalan kaki melalui sepanjang Jalan Kuching termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak, dibimbangi mereka mengalami keletihan, penat dan kemalangan ditepi laluan jalan raya.

Sesetengahnya ada yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sepajang jalan ke Batu Caves yang mana dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan. 

Justeru itu Pengurus Besar Perkhidmatan KTMB, Khair Johari Ishak menjelaskan, perkhidmatan Tren Komuter ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya penganut Hindu dan pelancong yang merancang perjalanan ke Batu Caves.

Orang ramai boleh menggunakkan perkhidmatan ini walaupun selepas waktu perkhidmatan yang terakhir dengan KTM menyediakan tren tambahan antara jam 10.50malma hingga jam 5.30 pagi. Jadual waktu perkhidmatan KTM Komuter pada 31 Januari (Rabu) dan 1 Februari (Khamis) adalah mengikut jadual waktu hari bekerja sedia ada.





Dalam tempoh tiga hari dua malam bermula 30 Januari, jumlah tren yang disediakan adalah sebanyak 783 perkhidmatan. Ada beberapa perkara yang pengguna yang perlu diberi perhatian antaranya pengguna perlu menggunakan Kad Komuter Link atau Touch n Go untuk perjalanan sehala atau pergi dan balik dari Stesen Batu Caves sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut. 

Ini bagi memastikan semua pihak dapat manfaatkan kelancaran perjalanan pergi dan balik ke Batu Caves. Pihak KTMB juga akan memberikan Kad Komuter Link dewasa dan konsesi secara percuma dan kad ini perlu ditambah nilai bermula dari RM3. 

Semoga perjalanan pergi balik ke Batu Caves sempena Perayaan Thaipusam ini berjalan lancar dan aman. Selamat bercuti semua. 

No comments:

Post a Comment