Sunday, January 21, 2018

PELANCARAN BAS ELEKTRIK DI TERENGGANU



Arus kemajuan dan pembangunan pesat dalam industri pengangkutan awam terus berkembang ke seluruh negara. Tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar yang padat dengan penduduk seperti Kuala Lumpur, kemodenan pengangkutan awam  telah meresapi keseluruh negara. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah merangka dan merancang pembangunan dan penambahbaikan pengangkutan awam di seluruh negara terutama di negeri-negeri di Pantai Timur yang jauh ketinggalan. 

Setelah berjaya dilaksanakan di Putrajaya, Hari ini Bas Elektrik dilancarkan pula di Terengganu. Terengganu merupakan negeri pertama memperoleh perkhidmatan myBas elektrik menerusi program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Untuk permulaan Terengganu akan menerima 30 buah bas termasuk sembilan buah bas elektrik yang akan beroperasi di tujuh laluan utama membabitkan jarak keseluruhan 236 kilometer. Bagi fasa pertama ini ia akan bermula pada April yang mana empat buah bas elektrik akan diperkenalkan yang akan melalui jalan di Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. 

Fasa ini akan membabitkan 11 buah bas termasuk 4 buah elektrik tersebut. Semua bas ini akan menjalankan operasinya di tiga laluan utama dan satu laluan perantara membabitkan jarak keseluruhan 97 kilometer. 

Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang merupakan tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Dengan adanya pengangkutan awam yan g moden dan canggih ini, ianya akan memudahkan lagi perjalanan pelancong ke negeri Terengganu. 

 

No comments:

Post a Comment