Monday, January 22, 2018

CUBAAN RASUAH PEGAWAI SPAD TEMPAH PENYAKIT



Jika kita dengar dari mulut pemandu teksi ni hari-hari susah nak cari pelanggan, susahlah hidup zaman sekarang ni. Macam-macam cerita boleh dengar kalau bab nak mengadu kesusahan. Tapi yang peliknya dalam dok meroyan susah sana sini sempat lagi nak sogok pegawai SPAD. Mai mana semua duit tu ? 

Itu yang berlaku kepada seorang pemandu teksi yang cuba merasuah pengawai Penguatkuasa SPAD. Pemandu teksi tersebut ditahan dalam Operasi Khas Tegas yang dijalankan SPAD di KLIA tengah hari semalam, kira-kira jam 12.30pm.

Menurut jurucakap SPAD berkata, pemandu teksi berkenaan didapati tidak mempunyai kad pemandu dan gagal mengemukakan salinan permit perkhidmatan ketika diperiksa. Pemandu teksi berusia 40an berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Tahniahlah kepada pegawai Penguatkuasa tersebut, ini merupakan satu contoh sikap pegawai yang amanah menjalankan tugas. Jangan sesekali mana-mana pemandu teksi cuba memberi rasuah kepada pegawai SPAD yang menjalankan tugas. 

Menurut pegawai tersebut,“Ketika menjalankan pemeriksaan di pintu lapan, aras lima Balai Pelepasan KLIA, kami mendapati seorang pemandu teksi melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Kenderaan lelaki itu perlu disita namun lelaki itu merayu teksinya tidak disita sebelum mengeluarkan sejumlah wang dan cuba memberikan kepada anggota beberapa kali,” katanya.

Anggota penguatkuasa tersebut dengan cara berhemah telah menolaknya dengan baik dan memberinya nasihat agar tidak berbuat demikian sebelum salah seorang penguatkuasa, Mohd Syamil Dzulkifli memberi amaran keras kepada pemandu tersebut dan membawanya ke pejabat SPAD KLIA untuk diambil keterangan dan tindakan selanjutnya. Manakala kenderaan disita ke depoh sitaan SPAD di Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk siasatan.


No comments:

Post a Comment