Monday, May 8, 2017

KERAJAAN MAHU NAIK TARAF LTS


 Di era tahun 1980 - 90an Sandakan amat dikenali dengan bandar yang maju dalam industri pembalakan. Pada ketika itu Sandakan digelar  'the timber boom' dan Paris of the East.  Oleh itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad ingin mengembalikan zaman kegemilangannya semula. 

Dahulu Sandakan merupakan bandar antara yang tersibuk di Sabah yang merupakan pusat kepada aktiviti pembalakan dan perhutanan sejajar dengan kedudukan yang lebih dekat dengan kawasan-kawasan hutan yang begitu kaya dengan hasil balak bernilai tinggi.

Bagaimanapun oleh kerana tindakan kerajaan mengawal ketat aktiviti pembalakan bagi memastikan kegiatan pembalakan dilakukan secara mapan, maka bandar Sandakan sedikit demi sedikit menjadi bandar tinggal.
 
 
 Sebagai bandar kedua terbesar di Sabah Sandakan dilihat mempunyai potensi cerah untuk terus pesat membangu khususnya dalam menawarkan peluang-peluang baru pelaburan dan perniagaan.

Perdana Menteri yakin Sandakan mampu menjadi bandar yang boleh ditingkatkan lagi kemajuannya, justeru itu hari ini sebagai permulaan beliau melancarkan bangunan terminal baru serta projek manaik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan (LTS) bagi memperbanyakkan lagi penerbangan antarabangsa ke daerah tersebut.


Perdana Menteri berharap dengan projek dengan kos silingnya mencecah RM80 juta itu bakal melonjakkan ekonomi Sandakan melalui sektor ekopelancongan, perhotelan dan produk-produk tempatan. 

Menurut Perdana Menteri projek ini nanti bakal memberi impak yang baik kepada Sandakan dengan menarik masuk pelancong terus dari Korea dan China. Sudah tentu keadaan ini akan meningkat lagi ekopelancongan di daerah ini khususnya.

Projek tersebut juga merupakan hadiah kepada rakyat Sabah khususnya Sandakan walaupun

Projek itu sebenarnya tidak disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, namun Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Unit Perancang Ekonomi memberi kelulusan segera. 

Ia merupakan hadiah khusus untuk penduduk di Sandakan dan Sabah amnya kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Majlis Perasmian Bangunan Terminal Baharu dan pelancaran projek naik taraf landasan lapangan terbang Sandakan. Turut hadir sama ialah Menteri Pengankutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

"Saya juga mahu projek ini dibuat secara pakej iaitu sistem radar yang digunakan mesti turut dinaik taraf, kontraktor sudah dilantik pastikan mula projek bulan Jun jangan tunggu akhir tahun, tambah Perdana Menteri lagi.





No comments:

Post a Comment