Monday, May 8, 2017

SUDAH MABUK, LAGI MAU TIPU KA ?


SAya tak minum ! Saya tak mabuk ! ....Piiirahh...!!! Dia ingat minum tak mabuk tu tak salah ? Itu pun nak menipu lagi dalam video clip yang ditularkan olehnya sendiri demi kononnya ingin menegak keadilan. 

Kalau kau tak minum, tak adalah kantoi. Ingat polis ni baru kerja ke? Ingat polis ni tak tahu ke trick lakonon kau ni ? 
Seorang deejay kelab malam yang merakam dan menyebarkan klip video seorang polis trafik semasa dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan, dua hari lalu.

Ooi Kok Wei, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman.

Lelaki itu didakwa memandu sebuah kereta jenis BMW di bawah pengaruh alkohol sebanyak 84 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah, melebihi had yang ditetapkan iaitu 80 mg/100 ml di Jalan Sungai Besi di sini, kira-kira pukul 3.45 pagi, 6 Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Kok Wei diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula kes. - 

Sumber utusan

No comments:

Post a Comment