Friday, March 24, 2017

"Young LPT Supporter." AJAK ANAK MUDA DEKATI PERANAN SPAD



Dalam  menarik anak muda mengenali dengan lebih mendalam kerja dan usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam darat negara, SPAD telah menganjurkan satu sesi interaksi bersama anak muda "Young LPT Supporter." 

Dalam program ini mereka berpeluang mengetahui kerja  di sebalik tirai bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam darat negara. Seterusnya dapat melahirkan satu kepimpinan akan datang yang sedar betapa pentingnya pengangkutan awam darat di kalangan anak muda remaja. 




Seramai 6 orang anak muda yang berumur daripada 16 sehingga 20 tahun telah dipilih untuk program yang pertama kalinya diadakan ini. Keenam-enam anak muda yang terpilih adalah: (1.) @ashraff junior, berumur 20 tahun daripada Kuala Lumpur, (2.) Budak Bas JB berumur 17 tahun daripada Skudai Johor, (3.) @razim, berumur 22 tahun daripada Kulim, Kedah, (4.) @amirur rashid zaid, berumur 17 tahun daripada Pontian Johor, (5.) @ho yee tat adison berumur 17 tahun daripada Kelana Jaya, Selangor dan @aliff mohd rafik, berumur 16 tahun daripada Kuala Lumpur.


Semasa sesi tersebut (bermula pada 20 Mac 2017), mereka telah mengunjungi pelbagai tempat menarik, bermula dengan ibu pejabat SPAD. Anak-anak muda ini telah berpeluang untuk bertemu dengan YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD dan diberikan penerangan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif serta fungsi-fungsi SPAD. 


Seterusnya mereka telah dibawa ke Terminal Bersepadu Selatan bagi penerangan mengenai operasi bas Kemudiannya mereka telah mengunjungi Bas Academy RapidKL, Cheras Selatan, di mana mereka diberi peluang untuk mencuba simulator bas yang digunakan untuk melatih pemandu bas RapidKL. Akhir sekali mereka dibawa untuk melawat depoh MRT bagi penerangan mengenai operasi MRT pihak Rapid.



No comments:

Post a Comment