Kemalangan jalanraya yang melibatkan bas semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini, perkara ini memungkin kerajaan memikirkan sesuatu perlu dilaksanakan dengan segera.
Justeru itu kerajaan bertindak untuk meneliti serta menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV). Perkara yang difikirkan termasuklah dalam aspek harga dan kaedah kelulusannya.
Ini merupakan satu lagi penambahbaikan yang diusahakan kerajaan bagi menangani permasalah ini. Sebelum ini lesen ini agar sukar diperolehi dan agak mahal, jadi tidak ramai kapten bas yang memperolehinya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu.
“Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka.
“Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar.
No comments:
Post a Comment