Tuesday, February 21, 2017

PUTAR BELIT KIT SIANG



Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempunyai motif politik apabila menetapkan syaratnya sendiri sebelum memberi persetujuan untuk membantu pasukan khas menyiasat kerugian perdagangan mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kit Siang sepatutnya datang dengan tangan terbuka tanpa mengenakan sebarang syarat tertentu sekiranya mahu membantu pasukan tersebut.

“Kenyataan Kit Siang yang juga mahu pasukan siasatan khas dijalankan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak relevan dan tidak berasas sama sekali.


“Hal ini kerana pasukan siasatan yang terdiri daripada Ketua Audit Negara, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai Ahli Parlimen pembangkang telah ditubuhkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang pada Jumaat lalu yang menawarkan diri untuk menyertai pasukan khas menyiasat kerugian BNM sekiranya tindakan sama dilakukan terhadap isu 1MDB.

Dalam perkembangan berkaitan, Azalina menjelaskan, Kabinet memutuskan siasatan pasukan khas itu berperanan untuk menganalisis dan meneliti kerugian besar yang dialami BNM akibat kegiatan perdagangan mata wang asing pada 1990-an.

“Sekiranya terdapat perkara seumpama itu, pasukan khas tersebut akan mencadangkan tindakan sewajarnya untuk diambil dan menjalankan siasatan lengkap dalam tempoh masa ditetapkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment