Tidak dapat nak mengambarkan bagaimana keadaan keretapi berkelajuan tinggi ini dapat mengurangkan masa dari kebiasaannnya 4 , 5 jam kepada 90 minit. Sudah tentu ia akan mempercepatkan pergerakkan rakyat diantara dua negara. Sudah tentulah projek HSR tidak hanya menumpukan kepada pengangkutan awam semata-mata walaupun ianya sangat jelas dapat mengurangkan masa perjalanan.
Dengan adanya kereta api laju HSR ini, maka bandar-bandar baru akan mula wujud. Antaranya Bandar Malaysia (KL), Putrajaya , Seremban, Ayer Keroh (Melaka), Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri. Sudah tentu dengan adanya bandar-bandar baru ini akan wujudlah peluang peluang pekerjaan yang baru.
Disember 2016 yang lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian dua hala yang memberi laluan kepada pelaksanaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dan akan mengurangkan masa perjalanan antara 2 bandar itu kepada hanya 90 minit.
Perjanjian itu, susulan kepada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh kedua-dua negara pada 19 Julai, ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Koordinasi Pengangkutan dan Infrastruktur Singapura Khaw Boon Wan. Perjanjian itu meliputi aspek teknikal, keselamatan dan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) berhubung HSR.
HSR ini mempunyai keupayaan memampatkan jarak geografi. Banyak perkara akan berubah apabila wujudnya persekitaran baru yang kondusif. Sedikit sebanyak cara hidup mereka akan berubah. Cara bekerja, bermain dan juga bersosial.
Pernahkah anda bayangkan dari Seremban akan mengambil masa 25 minit untuk sampai ke Kuala Lumpur. Tentu akan berlaku banyak perubahan besar nanti. Mungkin ramai orang akan berpindah ke Seremban dan bekerja ulang alik ke KL setiap hari. Ini semua sudah terbayang didalam minda saya. Tentu banyak sekali perubahan yang akan berlaku di bandar-bandar besar dengan adanya perkhidmatan kereta api laju HSR.
Mereka yang tinggal di Air Keroh, Melaka boleh ke Bandar Malaysia tak kurang dari 40 minit. Merek yang tinggal di sekitar Lembah Klang pun mengambil masa lebih 40 minit untuk ke tempat kerja dalam keadaan jem. Ini betul-betul mengujakan, selain dapat mengurang kesesakan jalanraya, peluang perkerjaan akan bertambah dengan banyaknya. Banyak sektor-sektor baru boleh diwujudkan, dan peluang pekerjaan pun semakin bertambah.
Justeru itu rancangan negara menjadikan koridor selatan sebagai sebuah kuasa besar ekonomi bakal tercapai. Aspirasi negara ingin mewujudkan peluang pekrjaan dan kekayaan agar sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi akan berjaya.
Manakala bagi penduduk di Muar dan Batu Pahat yang berkerja di Singapura, perjalanan harian yang begitu mengambil masa dapat disingkatkan menjadi lebih kuran 45 minit atau 30 minit sahaja pergi dan balik. Ini dapat menjimatkan masa dengan begitu drastik sekali. Masa yang terbuang di jalanraya dapat dikurangkan. Pengguna dapat pulang segera untuk bertemu keluarga.
HSR kereta api laju ini akan membolehkan pembangunan di Lembah Klang lebih rancak dan berkembang luas," kata-kata ini diluahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Mohd Nur Ismal Kamal.
Dalam pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk seluruh koridor selatan, dan di negara ini juga. Tidak lagi semuanya akan tertumpu di zon tengah Kuala Lumpur dan Selangor. Kerajaan Malaysia mahu memanfaatkan penumpuan sumber dan modal insan dari menggabungkan Kuala Lumpur dengan Singapura, bersama-sama dengan enam bandar Malaysia.
No comments:
Post a Comment