Ramai rakyat Malaysia suka berkunjung ke Thailand dengan tujuan melancong dan membeli belah. Satu kajian atau survey yang di buat menunjukan 9 dari 10 rakyat Malaysia melancong ke luar negara termasuklah Thailand.
Walaupun pembangkang sering mencanang-canang kononnya ekonomi Malaysia dalam keadaan tenat dan bakal bangkrup namun hakikatnya kemampuan rakyat Malaysia tidak menunjukkan berkeadaan sedemikian.
Justeru itu adalah amat tepat dan kena pada masanya apabila Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi melanjutkan ETS dari Padang Besar diteruskan hingga ke Hatyai Thailand.
Bahkan Thailand juga dikatakan menunjukkan minat untuk melanjutkan landasan ETS terus ke HatYai di Thailand. Ketika ini ETS hanya sampai ke Padang Besar dari Kuala Lumpur.
Pekara ini disahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliaum berkata berdasarkan perkembangan pesat perkhidmatan sistem pengangkutan. Kerajaan Malaysia menyokong penuh inisiatif yang diambil oleh kerajaan Thailand. Ini merupakan satu progres yang positif bagi menjayakan landasan ETS sehingga ke HatYai.
"Berikutan perbincangan dengan rakan sejawatan kami, kerja-kerja perlanjutan landasan ETS sedia ada dari Padang Besar ke Hat Yai sedang berjalan dan kami sangat optimistik projek ini akan siap menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen tahunan MCA Pulau Pinang di sini hari ini.
Menurut beliau perlanjutan landasan ETS ini akan memberi faedah kepada kedua-dua negara terutama sekali kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) setelah projek ini siap kelak.
Liow berkata kementeriannya dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersetuju untuk menambah 10 lagi tren ETS tahun depan, bagi memenuhi peningkatan penumpang.
"Ketika ini, KTMB mempunyai 38 tren ETS, dan menawarkan perkhidmatan bagi laluan Gemas-Padang Besar dua kali sehari. Setiap tren mempunyai enam gerabak yang boleh memuatkan sehingga 300 penumpang pada satu-satu masa, dan itu pun masih tidak dapat memenuhi permintaan semasa," katanya.
No comments:
Post a Comment