Friday, August 12, 2016

BRT JANA BANYAK PELUANG





Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Azharuddin Mat Sah mengesa agar syarikat-syarikat tempatan merebut peluang dalam projek sistem perkhidmatan bas elektrik, Bas Rapid Transit (BRT) laluan Kuala Lumpur ke Klang yang sedang rancak dibangunkan. 

Menurut beliau, syarikat tempatan perlu digalakna menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai kepakaran serta keupayaan kewangan yang teguh. Ini bagi menjamin perlaksanaannya nanti tidak terganggu atau tergendala. 

Oleh itu walaupun ada penyertaan dari syarikat luar, syarikat tempatan amat digalakan dan diberi keutamaan penglibatan mereka dalam projek ini. Penyertaan kedua-dua syarikat luar dan tempatan diharap dapat meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di negara ini di samping memenuhi keperluan masyarakat.  

Justeru itu syarikat tempatan perlu mengambil peluang keemasan ini bagi meningkatkan lagi mutu kerja dan perkhidmatan. 

Kerajaan berharap dengan perlaksanaan projek ini kesesakan lalu lintas terutama diLebuh Raya Persekutuan dapat diatasi terutama pada waktu puncak. Projek BRT yang akan bermula awal 2018 dibina disepanjang Lebuh Raya dan djangka siap dalam tempoh dua tahun. 



Manakala projek BRT fasa kedua pula akan dibina pada suku ketiga tahun depan. Projek kedua ini akan menghubungkan Kuala Lumpur - Klang melalui Transit Aliran Ringan (LRT). 80 peratus daripadanya akan berhubung dengan laluan LRT dan komuter diantara kedua-dua bandar tersebut. 

Projek kedua ini dijangka siap seawal-awalnya pada tahun 2018 dalam usaha kerajaan meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pembinaan 25 stesen di sepanjang 34 kilometer laluan LRT dan komuter bakal membuka peluang perniagaan kepada rakyat tempatan selain mengurangkan kesesakan trafik dilaluan tersebut. 

Projek ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam merancakan pembangunan disamping meningkatkan perkhidmatan awam agar setaraf dengan dunia maju. 

No comments:

Post a Comment