Wednesday, May 18, 2016

QUARTER POUNDER MENGANDUNGI BABI FITNAH : McDONALD's


Adalah cukup biadap dan amat tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang tidak benar dan palsu dengan niat untuk memberi gambaran buruk kepada seseorang atau sesuatu organisasi. Perbuatan seperti ini boleh dikenakan tindakan undang-undang dan sewajarnya begitulah yang patut dilakukan. Ia bagi mengelak berulang dan menjadi pengajaran kepada yang lain.

Sekali lagi McDonald's diserang dengan kenyataan yang sangat tidak boleh diterima akal yang sihat. Di zaman teknologi canggih ini, maklumat cukup pantas dan amat susah untuk dihalang. Sekarang mudah sangat kenyataan fitnah di sebarkan di media sosial terutama facebook, twitter dan wassap. Apa yang lebih malang, golongan terpelajar dan cendiakawan pun terbabit dengan gejela tidak sihat ini. Tidakkah sepatutnya mereka lebih matang dalam menapis berita fitnah ini.  

Mungkin pembaca tertanya-tanya apa lagi fitnah yang menyerang McDonald's kali ini. Satu keratan wassap telah menuduh kandungan QUATER POUNDER  keluaran McDonald's mengandungi daging babi. McDonald's menafikan sekeras-kerasnya dakwaan palsu dan tidak berasas ini. 

Sebenarnya quater pounder merupakan satu produk yang kini dihentikan jualannya secara peringkat demi peringkat. disemua rangkaian restoran McDonald's seluruh negara. tindakan ini merupakan satu usaha untuk menyelaras rangkaian menu di McDonald's bagi membolehkan memperkenalkan produk-produk baru di masa akan datang. 

Dakwaan ini bermula dari satu keratan perbualan wassap kononnya quater pounder McDonald's mengandungi 60% daging lembu dan 40% lagi daging khinzir tersebar meluas di laman sosial. 


McDonald's dalam kenyataan balas memberi jaminan produk keluarannya adalah terjamin HALAL  100 peratus dan disahkan oleh JAKIM dan badan-badan yang mendapat pensijilan Halal dari JAKIM. Pelanggan McDonald's tidak seharusnya berasa was-was dengan keluaran produk daging dari McDonald's kerana daging lembu yang digunakan diperolehi dari pusat-pusat penyembelihan di Australia, New Zealand dan Brazil. Ianya diluluskan oleh JAKIM dan Jabatan Veterinar di negara ini. 

No comments:

Post a Comment