Saturday, May 28, 2016

MASYARAKAT CINA MAHU KERAJAAN YANG STABIL




Sudah nampak bibit-bibit perubahan yang positif sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.  Walaupun tidak semua namun perubahan angin itu sudah ada. Kaum Cina sedar, untuk maju negara memerlukan kestabilan politik dan keamanan. Masyarakat Cina juga menyedari bahawa banyak polisi kerajaan hari ini kearah membantu rakyat dan kestabilan negara. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, usaha untuk terus memberi penerangan kepada rakyat terutamanya kaum Cina akan diterus dan dipergiatkan lagi bagi menangkis segala tohmahan dan fitnah pembangkang. 

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, BN khususnya MCA akan turun padang bagi membantu jentera parti bagi memenangi hati masyarakat Cina. Mereka hari ini menyedari undi Cina kepada kerajaan semasa akan memberi kebaikan kepada mereka.

Mereka sedar suara mereka diperlukan dalam kerajaan dan MCA lah yang mampu membawa suara mereka didengari dalam kerajaan, bukannya pembangkang. Sebelum ini mereka mengundi DAP namun tidak ada apa-apa perubahan yang dibawa oleh DAP  kepada masyarakat Cina melainkan mengubah kehidupan pemimpin DAP sahaja. 

Tidak hairanlah baru sepenggal dua mereka bejaya berkuasa pemimpin DAP terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan selain mengunakan wang rakyat untuk projek-projek yang tidak munasabah seperti mengecat laluan basikal dengan kos RM 30 juta. Ianya sesuatu yang cukup tidak munasabah. 

Skandal pemimpin-pemimpin pembangkang DAP dan PKR inilah banyak menyedarkan mereka bahawa pemimpin pembangkang hanya mempergunakan mereka untuk memperolehi kuasa sahaja. 

Menurut Tiong Lai, peratusan pengundi Cina di Sungai Besar ialah sebanyak 33 peratus manakala di parlimen Kuala Kangsar pula sebanyak 23 peratus. Menurutnya MCA akan mengunakan masa berkempen yang ada untuk membantu jentera BN bagi mendapatkan undi kaum Cina. Parti-parti komponen BN akan memberi komitmen yang tinggi dalam gerak kerja jentera BN di kedua-dua PRK. 

Diharap masyarakat Cina sedar dan kembali menyokong Barisan Nasional di kedua-dua PRK sungai Besar dan Kuala Selangor. 





No comments:

Post a Comment