Saturday, February 6, 2016

KTMB TINGKAT PERKHIDMATAN SEMPENA TAHUN BARU CINA



Sempena menyambut Tahun Baru Cina ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad telah meningkatkan lagi perkhidmatannya  dengan menambah  32 perkhidmatan ETS kepada 39 perkhidmatan ETS setiap hari.

Ini bagi menampung jumlah penumpang yang dijangka meningkat dengan medadak pada setiap musim perayaan. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menyempurnakan majlis mengedar cenderamata kepada penumpang ETS di KL Sentral, Kuala Lumpur berkata, perkhidmatan ETS semakin mendapat sambutan yang baik dari pengguna kerana ia canggih, selamat, cepat dan menjimatkan.

"Kita sedar selama ini setiap kali musim perayaan rakyat biasa menaiki bas atau kenderaan sendiri untuk pulang ke kampung. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan di lebuhraya kita dalam pada masa yang sama  berlaku peningkatan dalam kes kemalangan di jalanraya. 

Oleh itu dengan adanya pengangkutan yang maju seperti ETS rakyat mempunyai banyak pilihan. Dalam masa yang sama dengan memilih perkhidmatan ETS ini jumlah kemalangan setiap kali musim perayaan dapat dikurangkan disamping dapat menjimatkan masa serta mengelak kesesakan teruk di lebuh raya.

Kementerian pengangkutan bersama KTMB sentiasa berusaha gigih agar perkhidmatan keretapi akan ditingkatkan dari masa ke semasa agar rakyat dapat menikmati segala kemudahan yang disediakan untuk mereka. 

Kerajaan sedar tren komuter KTMB mula popular di kalangan rakyat memandangkan penggunaannya semakin meningkat sehari ke sehari terutama diwaktu puncak terutama dari Klang ke Kuala Lumpur dan Seremban. Justeru itu KTMB akan meningkatkan kekerapannya setiap 15 minit. 

Menurut Tiong Lai lagi, kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan keretapi dalam negara kerana jumlah pengguna keretapi di negara kita semakin tinggi. Menurut rekod yang ada, hampir 25ribu pengguna keretapi setiap hari di Malaysia. 

Penggunaan ETS sebenarnya telah meningkat dengan begitu drastik. Jika tahun sebelum ini ETS hanya mempunyai 5 set sahaja dengan 17 perkhidmatan sehari iaitu dari Ipoh ke Kuala Lumpur, kini telah meningkat lebih dari dua kali ganda iaitu 39 perkhidmatan sehari. 

Jarak perkhidmatan ETS pun telah ditingkatkan. Jika sebelum ini hanya sampai ke Ipoh sahaja, kini perkhidmatan ETS telah ditingkatkan lagi sehingga ke Butterworth dan Padang Besar di sebelah utara dan sehingga ke Gemas di sebelah selatan. 

Terdapat 4 perkhidmatan ke Gemas setiap hari iaitu Gemas ke Butterworth - Butterworth Gemas  dan Gemas ke Padang Besar dan sebaliknya.

Untuk perkhidmtan di Kuala Lumpur dan Ipoh penumpang ada 39 pilihan untuk ke Ipoh setiap hari. Perkhidmatan ini bermula hari ini sehingga 14 Februari 2016. 

Namun begitu jika permintaannya tinggi KTMB akan meneruskan perkhidmatannya mengikut kadar permintaan. Ini tidak termasuk dengan 6 perkhidmatan tren intercity seperti express rakyat, peninsular dan tren sutera yang sentiasa menjalankan perkhidmatannya setiap hari.   




No comments:

Post a Comment