Wednesday, February 3, 2016

KTMB TAWAR 50 PERATUS SEPANJANG FEBRUARI

Demi merasai denyut nadi rakyat dan memenuhi kehendak pelanggan, Perkhidmatan Komuter  Keretapi Tanah Melayu  Berhad (KTMB) sekali lagi  membuat tawaran yang cukup istimewa sepanjang bulan Februari ini.

Kali ini KTMB menawarkan diskaun 50 peratus tambang perjalanan kepada penumpang yang memulakan perjalanan mereka menaiki tren dari Stesen Pandang Besar, Perlis dan Stesen Gemas, Negeri Sembilan selama sebulan.

Menurut KTMB promosi itu hanya untuk perjalanan sehala dan dua hala bagi mana-mana destinasi dalam rangkaian dari kedua-dua Stesen tersebut.

Tawaran ini merupakan satu tawaran yang istimewa memandangkan tidak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina akan kunjung tiba.

Rakyat yang ingin balik kampung bercuti sewajarnya mengambil peluang ini. Manakala yang ingin bercuti bersama keluarga jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Anda boleh dapatkan jadual waktu tren dan tambang perkhidmatan di laman web rasmi KTM Berhad di www.KTMB.com.my atau hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200. 

No comments:

Post a Comment