Thursday, January 28, 2016

KTMB CIPTA REKOD TREN KARGO TERPANJANG DI ASIA TENGGARA


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi mengukir nama buat negara apabila tren kargonya telah mencipta sejarah  membawa 120 gerabak seberat 2400 tan. Tren tersebut yang telah berlepas dari Stesen KTMB Pelabuhan Klang ke Padang Besar jam 9.55 malam tadi telah sampai 1.15 tengahari tadi.

Tren Kargo 3150 sepanjang 1.9 kilometer, telah memulakan perjalanan dari Stesen Pelabuhan Klang semalam. Ianya telah mencatat rekod baru dalam The Malaysia Books Of Records. Sebelum ini rekod tren terpanjang ialah sebanyak 50 gerabak pada tahun 2010.

Rekod Baru ini bakal tertinta namanya di dalam The Malaysia Book of Records, adalah kargo yang terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan telah sudi melepaskan tren yang mengunakan Lokomotif Kelas 26 yang juga dikenali sebagai Blue Tiger dan akan disambut oleh Pengerusinya, Datuk Nawawi Ahmad.

Menurut Sarbini, KTMB pada tahun ini akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik serta memperkemaskan perjalanan kargo yang berskala besar.

KTMB juga menurutnya akan memastikan perkhidmatan Pengangkutan barang yang lebih cekap, selamat dan berdaya saing agar dapat mejadi satu pilihan pergerakan kargi dari Selatan Thailand ke Indochina.

Kita mahu orang Luar melihat sistem Keretapi kita diuruskan dengan cekap dan berkesan. Semoga Harapan kita satu hari nanti ingin melihat Keretapi dari China yang melalui Laos dan Thailand terus ke Pelabuhan Klang bagi merealisasikan 'satu laluan, satu haluan'.


No comments:

Post a Comment