Showing posts with label TPPA. Show all posts
Showing posts with label TPPA. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

TPPA : RAKYAT DIDAHULUKAN

- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Beliau berkata hakikatnya, ini dapat dilihat daripada usaha kerajaan mengadakan rundingan supaya agenda Bumiputra dimasukkan dalam TPP, dan ia berjaya berbuat demikian.

"Ia sekarang bukan sahaja diiktiraf di peringkat nasional - ia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dilindungi. Ini menunjukkan bahawa Malaysia telah memperjuangkan dan memperoleh manfaat besar buat rakyat.

"Kita komited untuk melindungi kepentingan dan hak kedaulatan rakyat kita, dan membantu mereka untuk menjadi lebih kuat dalam apa yang disifatkan sebagai ekonomi global saling berkaitan," kata Najib dalam blog beliau NajibRazak.com.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengambil pendekatan yang telus dan demokratik berhubung semua perkara yang berkaitan TPPA.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata perundingan demi perundingan diadakan dengan rakyat, pemegang utama kepentingan ekonomi, penggubal dasar dan pakar-pakar daripada pelbagai bidang menerusi fasa rundingan dan sebelum menandatangani TPP.
"Kita telah berunding dan menandatangani banyak perjanjian perdagangan serantau dan dua hala demi kepentingan ekonomi Malaysia dan rakyat.

"Perjanjian-perjanjian ini memainkan peranan penting ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif, membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih besar, yang memberi manfaat kepada warganegara sebagai individu selain perniagaan - baik yang besar mahu pun yang kecil. TPP tidak terkecuali," kata beliau.

Bagaimanapun, Najib berkata ia bukan satu laluan yang mudah kerana pelbagai kritikan dilemparkan kepada kerajaan yang jelas bermotifkan politik dan dipenuhi emosi.

Malaysia dan 11 negara lain memeterai TPP di Auckland, New Zealand pada Khamis, yang bakal memperluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan menggalakkan perdagangan bebas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menandatangani perjanjian komprehensif abad ke-21 itu bagi pihak Malaysia yang mewakili hampir 40 peratus daripada produk keluaran dalam negara kasar global bernilai AS$30 trilion.

Dua belas negara berkenaan ialah New Zealand, Australia, Chile, Mexico, Jepun, Peru, Kanada, Vietnam, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Malaysia. 

Thursday, January 28, 2016

KTMB CIPTA REKOD TREN KARGO TERPANJANG DI ASIA TENGGARA


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi mengukir nama buat negara apabila tren kargonya telah mencipta sejarah  membawa 120 gerabak seberat 2400 tan. Tren tersebut yang telah berlepas dari Stesen KTMB Pelabuhan Klang ke Padang Besar jam 9.55 malam tadi telah sampai 1.15 tengahari tadi.

Tren Kargo 3150 sepanjang 1.9 kilometer, telah memulakan perjalanan dari Stesen Pelabuhan Klang semalam. Ianya telah mencatat rekod baru dalam The Malaysia Books Of Records. Sebelum ini rekod tren terpanjang ialah sebanyak 50 gerabak pada tahun 2010.

Rekod Baru ini bakal tertinta namanya di dalam The Malaysia Book of Records, adalah kargo yang terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan telah sudi melepaskan tren yang mengunakan Lokomotif Kelas 26 yang juga dikenali sebagai Blue Tiger dan akan disambut oleh Pengerusinya, Datuk Nawawi Ahmad.

Menurut Sarbini, KTMB pada tahun ini akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik serta memperkemaskan perjalanan kargo yang berskala besar.

KTMB juga menurutnya akan memastikan perkhidmatan Pengangkutan barang yang lebih cekap, selamat dan berdaya saing agar dapat mejadi satu pilihan pergerakan kargi dari Selatan Thailand ke Indochina.

Kita mahu orang Luar melihat sistem Keretapi kita diuruskan dengan cekap dan berkesan. Semoga Harapan kita satu hari nanti ingin melihat Keretapi dari China yang melalui Laos dan Thailand terus ke Pelabuhan Klang bagi merealisasikan 'satu laluan, satu haluan'.


Wednesday, January 27, 2016

PEMBANGKANG TIADA RUANG MENCARI KELEMAHAN TPPA



Jelas sekali segelintir ahli perlimen pembangkang tidak bersedia untuk membahaskan isu TPPA secara professional didalam dewan. Sekurangnya "study" lah seba sedikit berkenaan TPPA sebelum hendak menentang perlaksanaannya di Malaysia.

Ucapan Ahli Parlimen Marang dalam sidang khas Dewan Rakyat dengan tajuk "Kenapa TPPA wajar ditolak" jelas menunjukan lebih bersifat retorik mengunakan alasan agama untuk mendapat sokongan rakyat menolak perlaksanaan TPPA.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata,  pembangkang seperti biasa cuba mengunakan kaedah menakut-nakutkan rakyat agar menolak perlaksanaan TPPA sedangkan jika dikaji secara fakta TPPA akan memberi lebih banyak kebaikan dari keburukan kepada rakyat dan negara secara keseluruhan nya.

Rakyat tidak perlu risau dengan TPPA, ini kerana pasaran negara akan menjadi lebih besar dan kuasa beli akan meningkat kerana penduduk di negara TPPA lebih besar dan ini akan memberi peluang kepada syarikat kecil untuk mendapat manfaat dari pasaran yang besar ini.

Dalam beberapa diri rundingan TPPA, kerajaan dengan tegasnya mempertahankan hak-hak kedaulatan negara terutama yang bersangkut paut dengan bumiputera. Oleh itu syarikat-syarikat kecil bumiputera tidak perlu khuwatir mereka akan ditelan oleh syarikat gergasi Antarabangsa. Sudah tentulah kerajaan akan memastikan berlaku pesaingan yang sihat yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.


Menurut Datuk Ehsan lagi, rakyat jangan hanya melihat apa yang akan berlaku hari ini kerana TPPA akan mengambil masa yang panjang untuk kita melihat dan merasai hasilnya. Apa yang kita buat hari ini adalah untuk generasi kita akan datang.

Janganlah kita hanya beretorik sahaja, apa yang kerajaan buat bukannya hanya kerana kepentingan politik, tetapi demi masa depan negara dan generasi kita.

Jika hendak diikutkan pembangkang, semuanya mereka akan bangkang tanpa mengkaji kebaikan dan keburukan sesuatu pekara. Tidak susah untuk jadi pembangkang di Malaysia, kerana kerjanya hanya bangkang walaupun ada kebaikan untuk rakyat.

Thursday, January 14, 2016

KANDUNGAN TPPA MUKTAMAD

Wednesday, December 9, 2015

TTPA PERLUKAN ANALISIS KOLEKTIF


Pelbagai kumpulan prihatin selama ini hanya ber­te­ka-teki mengenai impak dan implikasi Perjanjian Per­kongsian Trans-Pasifik (TPPA) terhadap Malaysia. Ini kerana perincian TPPA dirundingkkan oleh negara-negara pe­­sertanya dalam suasana kerahsiaan. Lantas apa dan ba­gai­manakah persediaan kumpulan-kumpulan prihatin ini untuk menuntasi dokumen rasmi TPPA bila ia dibuka ke­pada pengetahuan umum masyarakat Malaysia sebelum penghujung November 2015?


Persediaan ini diperlukan kerana TPPA bercorak plurila­te­ral melibatkan negara maju dan membangun yang berbeza tahap kemajuan ekonominya, berlainan kepentingan serta keutamaan nasionalnya, dan tidak serupa nilai-nilai teras yang dipertahankannya. TPPA juga “mengandungi 29 bab me­ngenai isu tradisional dan isu baru yang merangkumi pe­­laburan, perkhidmatan, perkhidmatan kewangan, per­saingan, perolehan kerajaan, buruh, harta intelek, dan alam sekitar".


Dokumen seperti ini hanya boleh dirungkai secara fokus dan komprehensif menerusi pendekatan yang kolektif, ter­selaras dan melibatkan kepakaran pelbagai disiplin; untuk menghasilkan analisis yang terperinci dan realistik. Hakikatnya demikian kerana sesuatu entiti undang-undang seperti TPPA lazimnya merangkumi tatacara antarabangsa (international order), tatacara serantau (regional order),dan tatacara nasional (national order).


Menurut Henry Kissinger (2014: 9), tatacara adalah sistem yang berpaksikan kepada dua elemen khusus. Pertama, per­atu­ran-peraturan yang dipersetujui secara bersama untuk mendefinisi serta menghadkan sesuatu tindakan. Kedua, ke­seimbangan kuasa bagi melaksanakan sekatan apabila per­aturan-peraturan ini gagal berfungsi.
Dua komponen di atas menjadi mekanisme untuk men­ce­gah sesuatu unit politik tertentu daripada menindas, me­nganaiya, memudarat atau menguasai lain-lain unit politik yang wujud dalam tatacara yang sama.


Secara umumnya, walaupun tersurat atau tersirat, ketiga-tiga tatacara di atas wujud dalam TPPA. Ini kerana TPPA melibatkan aktor negara daripada pelbagai wilayah dunia, ber­lainan status politiknya, dan tidak serupa pencapaian ekonominya.


Lantaran itu, tatacara antarabangsa TPPA meregulasikan interaksi serta hubungan negara-negara pesertanya di pe­ringkat sejagat. Perungkaian terhadap tatacara ini me­nge­nalpasti pelbagai manfaat, keuntungan dan/atau kerugian yang diperolehi Malaysia menerusi TPPA.


Ia juga mengenalpasti beberapa kekhuatiran mengenai jerangkap samar yang mungkin tersirat di sebalik TPPA, ter­masuk apa yang disifatkan sebagai agenda geopolitik Ame­rika Syarikat (AS) selaku adikuasa sejagat, terhadap negara-negara membangun dalam TPPA.


Tatacara serantau TPPA, dalam konteks Malaysia, me­libatkan impak dan implikasi perjanjian ini, dari sudut makro dan mikro, di peringkat Asia Tenggara, termasuk terhadap kewujudan komuniti ekonomi ASEAN.


Tatacara nasional TPPA, dalam konteks Malaysia, berkait rapat dengan impak dan implikasi perjanjian ini di aras ne­ga­ra, secara makro dan mikro. Antaranya, adalah terhadap kedaulatan tanah air, kesejahteraan rakyat, kemakmuran eko­nomi, dasar-dasar affirmatif, masa depan Bumiputera, dan keselamatan ekonominya.Huraian-huraian di atas me­nunjukkan kenapa perungkaian terhadap TPPA oleh kum­pulan-kumpulan bukan kerajaan di Malaysia perlu di­laksanakan secara kolektif, terselaras dan menggemblengkan kepakaran pelbagai disiplin.


Antara lainnya, ini disebabkan TPPA merangkumi ele­men diplomasi, hubungan antarabangsa, perdagangan an­ta­rabangsa, politik ekonomi antarabangsa (international po­litical economy), keselamatan ekonomi, keselamatan makanan, keselamatan alam sekitar dan keselamatan insan.


Pendekatan di atas, bagaimanapun, memerlukan satu or­ga­nisasi adhoc untuk menyelaraskan fokus analisis berbagai-bagai kumpulan yang prihatin terhadap impak dan implikasi TPP terhadap Malaysia. Hasil kajian kumpulan fokus ini boleh digabung dan disalurkan kepada pemerintah untuk tindakan selanjutnya.

Optimis

Anggota Parlimen Malaysia, tanpa mengira parti, harus juga menimbangkan pendekatan yang sama seperti di atas sebelum mereka memutuskan untuk menerima atau me­nolak TPPA demi kelangsungan negara dan rakyat jelatanya.
Namun perungkaian mengenai impak TPPA ke atas eko­nomi dan perdagangan Malaysia perlu menggunakan alat ana­litikal yang tepat untuk menghasilkan analisis yang ber­wibawa. Beberapa kajian empirikal mengenai TPPA sebelum ini hanya menggunakan pelbagai versi Computable General Equilibrium Models (CGE) yang menghasilkan analisis “tidak realistik… dan mencetuskan implikasi negatif kepada pen­ge­luaran domestik serta guna tenaga di sesetengah negara peserta TPPA”(Rashmi Banga 2015: 5).


Antara kelemahan utama analisis yang menggunakan Mo­del CGE “adalah andaiannya bahawa eksport hasil dari­pada pertambahan akses pasaran berikutan perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA akan terus bersumberkan faktor-faktor dalaman di negara yang dikajinya.” Andaian ini wujud kerana kajian-kajian di atas hanya merungkai ke­mungkinan-kemungkinan impak TPPA ke atas negara pe­serta dan bukan peserta serta wilayah, berasaskan senario pakatan perdagangan yang berbeza-beza.


Hujah-hujah teknikal dan terperinci mengenai hakikat ini terkandung dalam artikel Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA): Implications for Malaysia’s Domestic Value-Added Trade, tulisan Rashmi Banga (2015).


Lantaran itu, walaupun Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dikatakan optimis terhadap TPPA, adalah wajar jika pelbagai kumpulan prihatin di Malaysia yang memperincikan kandungan perjanjian ini diberikan tempoh waktu yang munasabah untuk mereka menghasilkan analisis yang teliti dan komprehensif. Pada waktu yang sama, sungguhpun be­berapa anggota Pentadbiran Najib yakin bahawa “Malaysia akan menyertai TPPA,” pemerintah wajar melakukan beberapa penambahbaikan jika wujud sebarang kelemahan dalam dokumen berkenaan.

Contohnya, pemerintah wajar mengkaji pelbagai artikel akademik mutakhir mengenai TPPA untuk memastikan apa juga rasional yang mendorong Malaysia menandatangani perjanjian ini adalah tepat, realistik dan tidak merugikan.
Kesimpulannya, organisasi bukan kerajaan wajar me­rung­kai dokumen rasmi TPPA di Malaysia menerusi pendekatan yang kolektif, terselaras, melibatkan kepakaran pelbagai disiplin, dan menggunakan alat analitikal yang menghasilkan analisis komprehensif dan realistik.


Pentadbiran Najib pula wajar mengkaji pelbagai artikel aka­demik mengenai TPPA untuk memastikan bahawa penglibatan Malaysia dalam perjanjian ini adalah tepat dan tidak mence­tus­kan masalah kepada pelbagai dasar strategik negara.


PENULIS adalah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor.

TTPA - HAK BUMIPUTRA DIPELIHARA



Laporan Analisis Kepentingan Nasional Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mendapati tiada gangguan terhadap hak-hak bumiputera termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) dan perolehan kerajaan sekiranya perjanjian dagangan itu dimuktamadkan .

Kajian itu yang dijalankan firma antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC) menunjukkan sekurang-kurangnya 42 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam sektor pembuatan, perkhidmatan makanan dan perkhidmatan persendirian menerima impak positif kepada akses pasaran dan perdagangan merentasi sempadan.


Menurut firma berkenaan, penyertaan sebahagian besar lagi PKS yang berada dalam sektor liberalisasi dengan pemilikan ekuiti asing terhad sehingga 30 peratus, tidak akan membawa perubahan ketara dari segi tahap liberalisasi dan implikasi buruk.
Bagaimanapun jelas PwC, perniagaan bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpotensi untuk menerima kesan negatif tetapi sebahagian besar impaknya diimbangi dengan jaminan konsesi di Malaysia.


“Kesan negatif yang berpotensi itu disebabkan kebanyakan bumiputera menjalankan perniagaan secara domestik dan bergantung kepada kontrak kerajaan dan program vendor.


“Oleh itu, terdapat keperluan untuk perniagaan bumiputera dan PKS berubah supaya mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya perjanjian tersebut yang melibatkan 12 buah negara setakat ini,” katanya dalam laporan berkenaan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerusi laman web fta.miti.gov.my hari ini.


Rundingan TPPA yang berjalan sejak lima tahun lalu membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam.


Analisis berkenaan dijangka dibahaskan di Parlimen pada Januari atau Februari depan sebelum perjanjian dagangan itu dimuktamadkan.


Sementara itu, Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS) dalam kajian Kesan Terhadap Kepentingan Negara mendapati pembekal bumiputera perlu lebih berorientasikan merit, efisien, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dalam aktiviti tambah nilai bagi menghadapi persaingan yang sengit.

“Mereka yang mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam situasi ini kebanyakannya adalah pengeluar bumiputera,” katanya.

Menurut kajian itu juga, nilai tanda aras yang tinggi bagi Hak Pengeluaran Khas (SDR) 63 juta untuk perolehan projek pembinaan tidak boleh melindungi kontraktor bumiputera daripada persaingan syarikat luar.


Jelas ISIS, berdasarkan statistik rasmi daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), hanya syarikat G7 (syarikat pembinaan yang besar dengan had kewangan melebihi RM10 juta) akan menerima kesan selepas perjanjian itu berkuat kuasa.


“Ini bermakna syarikat G7 akan terdedah kepada persaingan hebat dalam industri yang selama ini dipenuhi dengan kontraktor tempatan dengan projek perolehan kerajaan bernilai tinggi.


“Bagaimanapun, syarikat pembinaan bagi saiz G1 hingga G6, yang mewakili jumlah terbesar dalam kontraktor kerajaan, kekal tidak menerima kesan apabila ia dikuatkuasakan,” kata laporan itu.


Di bawah bab perolehan kerajaan itu juga menyatakan tiada had bagi bumiputera terlibat dalam kontrak perkhidmatan pembinaan di atas nilai tanda aras.
“Memandangkan syarikat G7 sudah bersaing dalam pasaran terbuka, jadi penyertaan berterusan kontraktor bumiputera bagi projek-projek pembinaan di atas nilai tanda aras boleh mengakibatkan penyertaan mereka melebihi 30 peratus daripada yang diperuntukkan,” katanya.


Sementara itu, laporan tersebut mendapati penyertaan Malaysia dalam TPPA tidak menghalang SOE daripada menjalankan tanggungjawab sosial kepada pembekal bumiputera.


Bagaimanapun, katanya, dengan mengambil kira pembekal bumiputera yang menyediakan perkhidmatan dan bekalan kepada SOE dalam skala yang besar, sebarang sekatan terhadap amalan semasa akan dipertandingkan.


“Sekatan terhadap pembelian ini hanya termaktub kepada SOE dengan perolehan tahunan SDR 500 juta untuk lima tahun pertama (dan selepas, SDR 200 juta) dan mereka termaktub kepada maksimum 40 peratus daripada peruntukan tahunan SOE. Pengecualian itu perlu dikongsi dalam kalangan syarikat bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak serta PKS,” katanya.


Menurut kajian itu lagi, di bawah TPPA, kerajaan dibenarkan untuk memberi layanan istimewa terhadap sektor pembinaan dalam tempoh 25 tahun apabila perjanjian itu berkuat kuasa sekali gus memberi lebih banyak faedah kepada syarikat pembinaan bumiputera dan SOE.


“Ini kerana industri pembinaan memainkan peranan penting dalam memacu negara keluar daripada krisis ekonomi dan layanan istimewa akan digunakan bagi mencapai impak yang lebih besar,” jelasnya.

Sumber UTUSAN MALAYSIA