Saturday, December 26, 2015

LALUAN DI KORIDOR SUNGAI BESI DAN KORIDOR KLANG LAMA DIKENDALIKAN SEMULA RAPIDKL



Berita gembira bagi pengguna bas disekitar koridor Sungai Besi dan Koridor Jalan Klang Lama, RapidKL akan kembali menjalankan operasinya dilaluan  tersebut berkuatkuasa 21 Disember, 2015.

Ini merupakan tindakan dan usaha berterusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi menambahbaik perkhidmatan, menyemak dan menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (Bus Network Revamp BNR).

Tindakan segera dan proaktif  yang dilaksanakan ini bagi menyelesaikan  isu-isu operasi dengan segera. Ini merupakan satu jaminan bahawa SPAD sangat prihatin terhadap setiap aduan pengguna.

Laluan yang akan dilalui adalah laluan 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni) iaitu disepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan Laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang Koridor Sungai Besi juga akan dikendalikan oleh RapidKL semula berkuatkuasa tarikh tersebut.




Bagi laluan 600, waktu operasinya bermula dari jam 5:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak pagi dan petang. 

Bagi laluan 506 pula, bas akan mula beroperasi pada jam 6:00 pagi hingga jam 11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

 Ketika ini SPAD sedang memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi ( Performance Monitoring Hub System atau PMHS) untuk menstabilkan perkhidmatan sebelum tiba 31 Disember 2015.

Pengndali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan terutama kapasiti bas dan kekerapan laluan akan diambil tindakan oleh SPAD.

Pengendali perlulah lebih utamakan kepentingan pengguna dan bukannya hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Dalam pada itu SPAD memberi keyakinan kepada penguna perkhidmatan awam terutama bas bahawa BNR ini bukanlah satu perlaksanaan yang statik, SPAD akan sentiasa terbuka kepada penyemakan semula serta pembaikan laluan termasuk jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklum balas pengguna.

Oleh itu orag ramai digalakkan membuat aduan atau menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 (SPAD).

Untuk menyuarakan pandangan mereka atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr .  



No comments:

Post a Comment