Friday, October 23, 2015

Bajet Untuk Rakyat Pembangunan Diutamakan Demi Rakyat


Jumaat, 23 Oktober 2015

KENYATAAN MEDIA
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Bajet Untuk Rakyat
Pembangunan Diutamakan Demi Rakyat

Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memastikan pembangunan mampan seiring pendekatan fiskal merupakan langkah yang wajar berlatarbelakangkan keadaan ekonomi semasa.

Kerajaan berpegang teguh bahawa pembangunan infrastruktur pengangkutan adalah penting dalam pembentukan masa depan negara. Ini lebih-lebih lagi bagi mencapai cita-cita negara sebagai status negara membangun dan pada masa yang sama memastikan keperluan Rakyat terus menjadi keutamaan.

Dengan ini, Kerajaan telah memperuntukkan RM8.54 bilion untuk pembangunan pengangkutan negara yang merangkumi projek-projek jalan raya dan jambatan; keretapi dan transit laju; penerbangan awam; pelabuhan dan perkhidmatan laut.

Sememangnya penting bagi Kerajaan untuk menguruskan perbelanjaan dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar di peringkat global dan domestik, namun apa yang lebih penting dalam ikhtiar untuk mengembangkan ekonomi negara adalah untuk melabur terhadap projek-projek yang akan membawa faedah dan perubahan kepada Rakyat.

Dalam usaha untuk mewujudkan kemudahan pengangkutan secara berintegrasi, moden, canggih dan efisien, Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3.95 bilion untuk pengurusan dan pembangunan.

Seiring usaha kita melakar pertumbuhan negara, perbelanjaan tahun ini terbukti bahawa kebajikan rakyat terus menjadi titik tumpuan. Ini disokong dengan pelbagai inisiatif yang telah dibentangkan dari segi kadar cukai bagi golongan berpendapatan sederhana dan antara inisiatif proaktif yang lain, pengurangan kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah.

Kami amat berterima kasih kepada YAB Dato’ Sri Najib yang telah menyahut permintaan MCA melalui peruntukkan sebanyak RM50 juta di bawah KOJADI untuk membantu usahawan PKS di golongan masyarakat Cina. 

No comments:

Post a Comment